CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56463|Reply: 0

[Kedah] Mangsa banjir di Kedah meningkat, 4,378 dipindahkan ke PPS

[Copy link]
Post time 29-11-2024 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir di Kedah meningkat, 4,378 dipindahkan ke PPS

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Keadaan rumah yang dinaiki air di kawasan Kubang Pasu. FOTO Zuliaty Zulkiffli




Alor Setar: Daerah Kota Setar adalah lokasi baharu yang dinaiki air selepas empat daerah iaitu Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap dan Sik dilanda banjir sejak kelmarin.

Setakat jam 8 pagi hari ini, jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 4,378 mangsa daripada 1,432 keluarga yang ditempatkan di 34 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di negeri ini.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, lima daerah terbabit terjejas banjir selepas hujan tanpa henti selama tiga hari.

"Setakat ini seramai 1,380 mangsa di daerah Kubang Pasu dipindahkan ke 13 PPS manakala Sik seramai 361 mangsa di enam PPS, Padang Terap 1,145 mangsa di sembilan PPS, manakala Pokok Sena 429 mangsa di tiga PPS, Kota Setar 735 mangsa di tiga PPS.

"Peningkatan berlaku berikutan hujan berterusan sehingga mengakibatkan paras air sungai di melimpah dan memasuki kediaman penduduk," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, tinjauan di beberapa lokasi banjir mendapati, paras air di beberapa kawasan banjir semakin meningkat operasi pemindahan mangsa masih dilakukan ketika ini.



Disiarkan pada: November 29, 2024 @ 10:27am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1160433/mangsa-banjir-di-kedah-meningkat-4378-dipindahkan-ke-pps




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.076731 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list