CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49948|Reply: 0

[Kedah] MADA pantau kenaikan paras sungai utama, elak kesan buruk di kawasan Muda

[Copy link]
Post time 29-11-2024 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 29-11-2024 01:39 PM

MADA pantau kenaikan paras sungai utama, elak kesan buruk di kawasan Muda

29 November 2024 12:33pm




Kedudukan semasa paras Empangan Pedu adalah sebanyak 65.43 peratus, Empangan Muda (126.80 peratus) dan Empangan Ahning (98.16 peratus). - Foto: MADA




ALOR SETAR - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengambil beberapa tindakan awal berikutan hujan berterusan di kawasan Muda bermula sejak Selasa lepas.

MADA dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemantauan paras air dan aliran sungai telah dimulakan sebaik sahaja turunan hujan berterusan dan peningkatan paras air sungai utama dikesan.

"Keadaan hujan berterusan ini menyebabkan aliran sungai di Kuala Nerang mula meningkat ke paras berjaga-jaga iaitu pada 16.21 meter pada 11 pagi Rabu dan mencecah paras bahaya 17.44 meter pada 3 petang hari yang sama.


"Paras air di Kuala Nerang menunjukkan tren meningkat iaitu 19.65 meter pada 8 pagi, 28 November. Sementara itu, rekod paras air pada 28 November bagi Sungai Bata, Sungai Pendang dan Sungai Arau pula masing-masing masih berada pada paras bahaya dan menunjukkan tren meningkat,” katanya.

Bagaimanapun, MADA telah mengambil tindakan awal untuk menyalurkan air lebihan itu melalui infrastruktur pengairan dan saliran sedia ada sejak 26 November lepas.

"Tindakan ini dilaksanakan melalui sistem Lana Bulu, Sistem Alor Changileh, Terusan Tengah dan Selatan. Operasi saliran melalui struktur Pelubang Barrage di Kampung Kepala Batu bermula pada Rabu bagi mempercepatkan aliran daripada Sungai Padang Terap.


"Kesemua lapan pintu Tandop Pasang Surut Sungai Kedah, Ampang Jajar dibuka dan hanya ditutup apabila berlaku kenaikan aras laut," katanya.


Menurut MADA, kedudukan semasa paras Empangan Pedu adalah sebanyak 65.43 peratus, Empangan Muda (126.80 peratus) dan Empangan Ahning (98.16 peratus).


MADA juga telah mengambil tindakan menutup pelepasan air dari empangan berikutan turunan hujan menyeluruh di kawasan dataran MADA pada Selasa.

"MADA turut mengoperasikan bilik gerakan banjir di peringkat Ibu Pejabat dan Pejabat Wilayah bermula Rabu untuk memantau paras sungai utama di kawasan Muda, selain terus memantau takungan empangan, turunan hujan, dan paras air melalui sistem maklumat pengurusan air," menurut kenyataan itu. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/699375/edisi/utara/mada-pantau-kenaikan-paras-sungai-utama-elak-kesan-buruk-di-kawasan-muda


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.047677 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list