CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37918|Reply: 0

[Pulau Pinang] Graduan OKU raih pingat emas USM

[Copy link]
Post time 27-11-2024 09:07 PM | Show all posts |Read mode
Graduan OKU raih pingat emas USM

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof -  @ 5:20pm[email protected]




enerima Hadiah Pingat Emas USM, Nurul Asyqin Shafie, 24, pada sidang media di sini, hari ini.- Foto NSTP/ihsan USM




GEORGETOWN: Bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) akibat kemalangan jalan raya tidak menghalang Nurul Asyqin Shafie, 24, memburu kejayaan dalam bidang akademik sehingga dia dinobat sebagai seorang daripada penerima pingat emas Konvokesyen ke-62 Universiti Sains Malaysia (USM)

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) berasal dari Setiu, Terengganu itu berkata, kecederaan akibat kemalangan yang berlaku ketika di tingkatan lima itu menyebabkan dirinya tidak mampu berdiri lama selain kakinya akan berasa sakit jika berjalan jauh.

"Ketika itu, 1 Syawal, saya membonceng motosikal yang ditunggang sepupu untuk berziarah raya sebelum kami dirempuh sebuah kereta.

"Kesannya, urat jari pada empat jari kaki kiri (kecuali jari ibu) putus. Tiga bulan saya tidak bersekolah, masuk saja (sekolah) terus ujian percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Alhamdulillah SPM saya dapat keputusan 5A manakala Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) saya dapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.84. Saya sedar, kekurangan saya ini ramai tidak perasan, sebab tersembunyi.



Antara penerima pingat emas USM, dari kanan, Nurul Asyqin Shafie; Anugerah Pingat Emas Naib Canselor, Syed Muhammad Zakwan Syed Zaman, Anugerah Pingat Emas Canselor, Afirul Idris Ayub Khan, dan Anugerah Pelajaran Diraja , Aqil Irfan Amiriza (kategori Bumiputera) dan Wong Yong Jie (kategori bukan Bumiputera) pada sidang media di sini, hari ini. Foto NSTP/AMINAH YUSOF
"Saya juga lebih suka naik bas bersama kawan-kawan untuk bergerak dalam kampus walaupun universiti ada sediakan van untuk kemudahan pelajar OKU seperti saya terutama untuk ke dewan peperiksaan dan sebagainya," katanya kepada media.

Nurul Asyqin berkata, apa yang lebih membuatkan dirinya bersyukur ialah apabila dia berjaya menamatkan latihan mengajar di Penang Free School (PFS) selam enam bulan iaitu pada Mac hingga Ogos lalu walaupun dalam keadaan bertongkat.

Katanya, kaki kanan cedera akibat terjatuh di kampus beberapa hari sebelum itu.

Menurutnya, doktor di Hospital Pulau Pinang (HPP) memberinya cuti sakit selama 58 hari selepas kakinya terpaksa disimen namun dia hanya berehat selama empat hari serta tekad menulis surat kepada pihak universiti untuk meneruskan latihan mengajar dan sanggup menanggung risiko akibat keputusan itu.

"Saya kalau boleh tidak mahu menangguh pengajian, jadi saya ambil risiko minta buka simen, Alhamdulillah pihak sekolah dan universiti banyak memudahkan urusan saya dan sejujurnya pengalaman kemalangan dulu banyak membantu saya lebih tabah mengurus keperluan diri," katanya.

Lain pula kisahnya dengan penerima Anugerah Pingat Emas Canselor, Afirul Idris Ayub Khan, 24, yang berjaya membuktikan dirinya mahasiswa serba boleh apabila mengekalkan pencapaian PNGK 3.61 walaupun bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti dalam dan luar kampus.

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sidang 2022/2023 dan Presiden Gabungan Mahasiswa Anak Johor Kebangsaan berkata, secara purata dia hanya tidur sekitar empat jam sehari demi mengabadikan diri kepada amanah yang dipikul selain memanfaatkan waktu malam untuk mengulangkaji pelajaran.

"Saya juga menyertai pasukan beruniform Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (SUKSIS) dan bergiat aktif dalam penganjuran program kampus termasuk pernah dilantik sebagai Pengarah Projek Robocon Malaysia 2023.

"Kenangan paling berharga ialah saya berpeluang menyertai Yayasan Sukarelawan Siswa dan menyertai misi sukarelawan di Vietnam selama sebulan.

"Saya sebenarnya bercita-cita menjadi pensyarah selain menyimpan hasrat menjadi wakil rakyat suatu hari nanti.

"Secara peribadi, saya mahu memanfaatkan sepenuhnya peluang berada di kampus untuk memaksimumkan potensi diri dan saya rasa rugi jika kita masuk universiti hanya berulang-alik ke bilik kuliah semata-mata," katanya yang turut menguasai empat bahasa termasuk Tamil dan Mandarin.

Terdahulu, Naib Canselor USM, Prof Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed, berkata sejumlah 8,971 graduan akan menerima ijazah masing-masing  bertempat di Di Dewan Tuanku Syed Putra membabitkan 15 sidang.

https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2024/11/1325583/graduan-oku-raih-pingat-emas-usm







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.054846 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list