11 lelaki ditahan mengikut Sosma, terbabit jenayah sejak 2020
Zuhainy Zulkiffli[email protected]
GAMBAR hiasan.
Georgetown: Polis menahan seramai 11 individu yang terbabit dalam kegiatan jenayah di negeri ini sejak 2020, menerusi Ops Cantas Mutiara sekitar Pulau Pinang, semalam.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, penahanan itu dilakukan pada jam 3.30 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ ) Pulau Pinang dengan kerjasama Bahagian Jenayah Terancang (D14k) dan Bahagian Operasi Khas (D8) Bukit Aman.
"Kumpulan ini menjalankan aktiviti jenayah berleluasa di Pulau Pinang sejak tahun 2020.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut Mohd Alwi, kesemua suspek lelaki dewasa itu direman mengikut Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Sosma) selama 28 hari sehingga 28 Disember depan.
Disiarkan pada: November 27, 2024 @ 6:57pm https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1159849/11-lelaki-ditahan-mengikut-sosma-terbabit-jenayah-sejak-2020
|