CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41968|Reply: 0

[Kedah] Satu PPS dibuka di Changlun, Sungai di Kubang Pasu, Padang Terap melepasi paras bahaya

[Copy link]
Post time 27-11-2024 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Satu PPS dibuka di Changlun, Sungai di Kubang Pasu, Padang Terap melepasi paras bahaya

Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 27, 2024 @ 2:59pm[email protected]




Anggota APM Kubang Pasu melakukan pemantauan berikutan banjir kilat yang melanda kawasan Changlun. - Foto IHSAN APM




ALOR STAR: Hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan paras air beberapa sungai di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap sudah melepasi paras bahaya.

Di Kubang Pasu, 10 rumah di Kampung Nangmah, Changlun yang terletak di kawasan rendah dinaiki air pagi tadi.

Difahamkan, laluan dari Changlun ke Perlis turut dinaiki air.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, antara sungai yang melepasi paras bahaya ialah Sungai Laka di Kampung Padang Pasir dan Sungai Sintok di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok.

Paras air Sungai Laka dan Sungai Sintok di Kubang Pasu masing-masing mencecah paras bahaya iaitu 22.51 meter dan 45.8 meter manakala di Padang Terap, Sungai Sari, Sungai Janing dan Sungai Perik sudah menghampiri paras amaran 16.21 meter.

Adenin berkata, satu pusat pemindahan sementara (PPS) di SMK Changlun dibuka jam 1.30 petang tadi.

"Ketinggian paras air dilaporkan setakat ini di kampung berkenaan ialah hampir 1.3 meter dan punca banjir disebabkan hujan yang berterusan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Adenin berkata, APM Kubang Pasu sedang melakukan pemantauan di lokasi yang terjejas dinaiki air di daerah ini.

Beliau turut menasihatkan penduduk supaya bersiap sedia untuk berpindah sekiranya paras air terus meningkat terutama di kawasan berhampiran sungai.

"Anggota kami masih melakukan pemantauan berikutan aras air sungai terus meningkat ketika ini dan masih hujan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1329538/satu-pps-dibuka-di-changlun-sungai-di-kubang-pasu-padang-terap





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.064983 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list