CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6765|Reply: 0

[Pulau Pinang] Perkhidmatan feri Pulau Pinang rugi tahunan RM14 juta

[Copy link]
Post time 25-11-2024 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Perkhidmatan feri Pulau Pinang rugi tahunan RM14 juta

BERNAMA - November 25, 2024 @ 11:05am



Kutipan tiket perkhidmatan feri hanya dapat menampung lebih kurang 35 peratus daripada kos perbelanjaan operasi feri. - Foto Bernama



GEORGETOWN: Kos perkhidmatan feri di Pulau Pinang melebihi jumlah kutipan tiket, menyebabkan perkhidmatan feri mengalami kerugian tahunan sekitar RM14 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari, berkata meskipun menghadapi kerugian,Penang Port Sdn Bhd (PPSB) tetap melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan berterusan untuk memastikan perkhidmatan feri yang terbaik kepada pengguna.

"Untuk gambaran kasar, kutipan tiket perkhidmatan feri hanya dapat menampung lebih kurang 35 peratus daripada kos perbelanjaan operasi feri," kata Zairil pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata antara faktor yang menyumbang kepada kerugian tersebut adalah kos minyak diesel yang tinggi, yang dibayar mengikut harga pasaran, dan ketiadaan subsidi minyak diesel bagi perkhidmatan feri, yang merupakan satu daripada perkhidmatan awam utama di Pulau Pinang.

Beliau menjawab soalan dari Teh Lai Heng (PH-Komtar) berkenaan keadaan kewangan perkhidmatan feri di Pulau Pinang.

Zairil turut menjelaskan bahawa kos pemeriksaan tahunan dan penyelenggaraan feri untuk memastikan keselamatan feri yang beroperasi, serta bayaran kos insurans yang melebihi RM2 juta setahun untuk setiap feri, juga menyumbang kepada kerugian operasi feri.

Bagi statistik pengguna feri dari Januari hingga Oktober 2024, Zairil berkata seramai 1.76 juta penumpang pejalan kaki dan 615,879 kenderaan dua roda telah menggunakan perkhidmatan feri di Pulau Pinang. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1328486/perkhidmatan-feri-pulau-pinang-rugi-tahunan-rm14-juta





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.060060 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list