CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29289|Reply: 0

[Perlis] 13 siri jualan agro sempadan catat hampir RM200,000

[Copy link]
Post time 25-11-2024 01:03 AM | Show all posts |Read mode
13 siri jualan agro sempadan catat hampir RM200,000

Aizat Sharif[email protected]






PENGUNJUNG membeli barang keperluan di Pasar Sehari Fama sempena Program Agro Jualan Madani Khas Sempadan di Padang Besar Street. FOTO Luqman Hakim Zubir.




Padang Besar: Kegiatan ekonomi seperti Pasar Sehari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) yang sering dianjurkan di kawasan sempadan seperti Padang Besar dan Wang Kelian berpotensi membendung pengeluaran wang ke negara jiran.

Ia juga peluang untuk memperkenalkan produk agro tani usahawan negara secara lebih dekat kepada pengunjung yang melawat sempadan.

Pengerusi Fama, Aminuddin Zulkipli berkata, ketika ini pihaknya memfokus kepada pengembangan ekonomi di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Utara dan Kelantan, walaupun terdapat cadangan supaya melaksana inisiatif sama di sempadan Sabah dan Sarawak (Indonesia) serta Johor (Singapura).

"Sebanyak 13 Jualan Agro Madani Khas Sempadan Malaysia-Thailand membabitkan Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan di mana untuk program ini sahaja, kita berjaya mencatatkan nilai jualan sebanyak RM170,112 dengan pembabitan 231 usahawan.

"Malah program ini memberi manfaat kepada 5,670 pengguna dan 22,682 isi rumah dengan nilai penjimatan sebanyak RM51,033.

"Walaupun tidak dinafikan, tarikan untuk berkunjung ke negara jiran itu lebih tinggi, impak daripada program ini juga sedikit sebanyak mampu membendung pengaliran wang keluar ke negara jiran kerana orang ramai bertumpu di pasar Fama ini untuk membeli-belah pada harga yang berpatutan," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Agro Jualan Madani Khas Sempadan dan High Profile Policing Polis Diraja Malaysia (PDRM) X Fama di Padang Besar Street, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Perlis, Datuk Mohammad Abdul Halim dan Pengarah Fama Perlis, Mohd Anzara Azizan.

Beliau berkata, Fama akan melakukan penilaian terperinci terlebih dahulu sebelum meneruskan inisiatif di kawasan sempadan negara yang lain, disebabkan jurang perbezaan landskap geografi dan suasana.

"Apapun, matlamat kerajaan adalah untuk memastikan akses sumber makanan itu sampai kepada semua warga negara ini di setiap kawasan," katanya.

Disiarkan pada: November 24, 2024 @ 11:52pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1158772/13-siri-jualan-agro-sempadan-catat-hampir-rm200000





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.048295 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list