CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63748|Reply: 0

[Kedah] Detik cemas ambulans terbalik, mujur tiada pesakit

[Copy link]
Post time 23-11-2024 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Detik cemas ambulans terbalik, mujur tiada pesakit

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Sebuah ambulans swasta terbalik selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Proton Persona di Jalan Lebuh Hi Tech, simpang tiga lampu isyarat Hospital Kulim. FOTO IHSAN Polis




Kulim: Ambulans swasta terbalik selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Proton Persona di Jalan Lebuh Hi Tech, simpang tiga lampu isyarat Hospital Kulim, di sini malam tadi.

Bagaimanapun, ambulans terbabit tidak membawa pesakit dan hanya pemandu serta pembantu perubatan berada di dalam kenderaan jenis Weststar Maxus itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, siasatan polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 8.20 malam ketika ambulans yang dipandu lelaki berusia 33 tahun itu dalam penugasan dari sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Pulau Pinang ke Hospital Kulim.

Beliau berkata, sebaik tiba di lampu isyarat simpang tiga Hospital Kulim, ambulans itu membelok masuk sebelah kanan sambil bunyikan siren dan menyalakan lampu 'beacon' dan pada masa sama, ketika itu lampu isyarat berwarna merah.

"Namun secara tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Persona yang dipandu lelaki berusia 19 tahun dari arah bertentangan dan melanggar di bahagian belakang sisi sebelah kiri ambulans terbabit.

"Akibat daripada kemalangan itu menyebabkan ambulans itu terbalik namun kedua-dua pemandu serta setiap seorang penumpang dalam dua kenderaan itu tidak mengalami kecederaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkifli berkata, kes disiasat di bawah Rule 17 LN 166/59 dan pihaknya sudah merakam percakapan pemandu van ambulans terbabit dan polis sedang mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan.

Disiarkan pada: November 23, 2024 @ 8:40am
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1158139/detik-cemas-ambulans-terbalik-mujur-tiada-pesakit





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.048560 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list