CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38064|Reply: 0

[Kedah] Gudang jual jam berjenama tiruan diserbu KPDN

[Copy link]
Post time 21-11-2024 09:20 PM | Show all posts |Read mode
Gudang jual jam berjenama tiruan diserbu KPDN

Zuliaty Zulkiffli[email protected]







Alor Setar: Sebuah gudang yang disyaki menjual pelbagai jam tangan berjenama tiruan di sekitar bandar raya itu diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini hari ini.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan dilakukan 11.30 pagi bersama wakil pemilik cap dagangan berdaftar di gudang yang beroperasi tanpa sebarang papan tanda perniagaan.

Beliau berkata, tindakan dilakukan berdasarkan aduan dan hasil risikan yang dilakukan sejak awal November ini.

"Hasil serbuan itu mendapati pemilik perniagaan dalam lingkungan usia 42 tahun bersama-sama empat pekerja bergiat aktif menjual jam tangan tiruan berjenama secara dalam talian.

"Pemeriksaan lanjut mendapati 493 unit jam tangan pelbagai model berjenama dan 1,800 unit kotak jam tangan berlabel jenama terkenal itu disahkan tiruan oleh wakil pemilik cap dagangan sebelum disita bagi siasatan lanjut," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM12,070 dan kes disiasat Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019

Orang ramai diharap dapat menyalurkan maklumat kepada Pejabat KPDN dengan menyalurkan sebarang kegiatan yang mencurigakan melalui Portal e-aduan 2.0 http://eaduan.kpdn.gov.my , Call Centre 1-800-886-800, E-mel [email protected] dan Aplikasi EZ ADU KPDN.

Selain itu, maklumat boleh disalurkan melalui Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-88826088/6245 atau WhatsApp 019-848 8000 dan 019-279 4317 dan Pejabat KPDN Kedah 04-7001745.

Disiarkan pada: November 21, 2024 @ 9:07pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1157709/gudang-jual-jam-berjenama-tiruan-diserbu-kpdn





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.354356 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list