CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36801|Reply: 0

[Kedah] Perhebat pantau kerjaya kedua veteran ATM

[Copy link]
Post time 21-11-2024 07:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-11-2024 07:44 PM

Perhebat pantau kerjaya kedua veteran ATM

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
21 November 2024 07:00pm




Keutamaan Kementerian Pertahanan adalah untuk memperkasa inisiatif pembangunan modal insan dan sosioekonomi bakal pesara dan veteran ATM.




ALOR SETAR - Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) sedang memantau perkembangan kerjaya 6,851 orang veteran yang tamat latihan peralihan pada tahun lalu.

Ketua Sektor Sokongan Latihan, Kewangan dan Pentadbiran Perhebat, Abdullah Ali berkata, perbadanan itu terus proaktif sebagai institusi yang menghubungkan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan pasaran kerjaya kedua yang lebih baik.


Menurutnya, hal tersebut selari dengan keutamaan Kementerian Pertahanan untuk memperkasa inisiatif pembangunan modal insan dan sosioekonomi bakal pesara dan veteran ATM.


“Kita kena pantau keadaan anggota veteran selepas mereka tamat. Kita pantau selama setahun untuk mengetahui perkembangan mereka selepas menjalani latihan peralihan iaitu praperalihan, latihan dan pascalatihan.

]
Dari kiri, Abdullah dan Ismail mendengar penerangan daripada seorang pelatih Perhebat yang berkecimpung dalam bidang pertanian sebagai bakal kerjaya keduanya.



“Program pascalatihan adalah selepas mereka tamat latihan untuk tingkatkan lagi kemahiran mereka, kita minta kepada anggota veteran agar mereka tidak memutuskan hubungan dengan Perhebat agar kita dapat terus memantau keadaan mereka,” katanya pada sidang akhbar di Kedah Royal Club, di sini.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia, Datuk Ismail Abidin pada Majlis Penyampaian Sijil Perhebat Negeri Kedah dan Perlis 2024 pada Khamis.

Sementara itu, Ismail pula berkata, sebagai ‘enabler’ kerjaya kedua Veteran ATM, Perhebat melaksanakan pelbagai inisiatif penempatan pekerjaan menerusi kolaborasi bersama agensi awam dan swasta dalam pelbagai industri.


Menurutnya, kerjasama itu melibatkan beberapa agensi dan syarikat swasta seperti Talent Corp menerusi Veteran MyWira, Malaysia Aviation Group (MAG), Pos Aviation Sdn Bhd, Micron Memory Malaysia, Boustead Properties Bhd dan Airbus Helicopters Malaysia Sdn Bhd.

“Sehingga kini, sejumlah 203 veteran berjaya mendapat pekerjaan dengan pelbagai jawatan seperti juruteknik penyelenggaraan pesawat, pengurus, penyelia, pegawai keselamatan, pegawai operasi dan pengajar institut memandu,” ujarnya.


Tambahnya, Kementerian Pertahanan turut menggesa pihak industri dan pembekal terutamanya yang mempunyai obligasi kontrak dengan ATM dan kementeriannya untuk menyediakan kouta peluang pekerjaan kepada veteran tentera.

“Pendekatan sebegini dapat memberi nilai tambah penting kepada ekosistem pertahanan negara,” katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/697933/berita/nasional/perhebat-pantau-kerjaya-kedua-veteran-atm


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.064333 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list