CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27601|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki warga asing korek mata didakwa Jumaat ini

[Copy link]
Post time 21-11-2024 12:52 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki warga asing korek mata didakwa Jumaat ini

20 November 2024 06:31pm




Suspek yang merupakan pemegang kad UNHCR disambung reman tiga hari lagi bermula hari ini. Foto hiasan




KEPALA BATAS - Lelaki warga asing yang ditahan selepas kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki tempatan cedera parah termasuk bebola mata kirinya dikorek di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor, akan didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, kertas siasatan kes itu hampir siap dan reman ke atas lelaki yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) disambung tiga hari lagi bermula hari ini.

"Reman ke atas lelaki berusia 28 tahun itu tamat hari ini dan pihak polis memohon menyambung reman bagi melengkapkan kertas siasatan kes itu sebelum mahkamah membenarkan (sambung reman) tiga hari lagi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung lelaki warga asing itu daripada Jabatan Imigresen manakala mangsa berusia 52 tahun masih dirawat di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan semakin baik.

Media sebelum ini melaporkan kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 2 petang Sabtu lepas telah menyebabkan mangsa mengalami kecacatan kekal.

Kes disiasat di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/697705/berita/semasa/lelaki-warga-asing-korek-mata-didakwa-jumaat-ini


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.164330 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list