CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41849|Reply: 0

[Perlis] Pengambilan vape haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis

[Copy link]
Post time 19-11-2024 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Pengambilan vape haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis

19 November 2024 02:46pm




Mohd Asri




KANGAR - Pengambilan rokok elektronik atau vape adalah dilarang dan haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai peranti itu pada 2022.

Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, amalan pengambilan vape disimpulkan oleh pakar kesihatan memberikan kesan kemudaratan pada diri dan orang lain maka berdasarkan kesimpulan itu jawatankuasa fatwa berkenaan merumuskan amalan pengambilan bahan tersebut adalah haram.

"Saya baca fatwa (berkaitan) vape ini, Islam melarang Muslim menggunakan apa-apa bahan yang terbukti merosakkan diri atau orang lain tanpa justifikasi yang dibenarkan syarak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Simposium Guru Agama dan Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Tahun 2024 di Dewan Warisan di sini hari ini.

Majlis penutup dan penganugerahan tauliah itu disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut hadir Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Mohd Asri berkata, bagaimanapun keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis tentang larangan menggunakan vape itu tidak digazetkan untuk penguatkuasaan undang-undang di negeri itu sebaliknya ia lebih kepada pemakluman kepada orang awam bagi memberikan kesedaran kepada mereka.

Mufti Perlis mengulas laporan media semalam yang melaporkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menyarankan supaya penggunaan vape diharamkan secara total.

Sementara itu, Mohd Asri berkata, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pendidikan, Pembangunan Insan, Industri Halal dan Penerangan Perlis, Muhammad Azmir Azizan turut menerima tauliah mengajar agama Islam hari ini selepas berjaya melalui proses temu duga seperti biasa.

Beliau berkata, seramai 11 guru agama telah ditauliahkan mengajar agama Islam secara umum manakala 82 guru agama lagi menerima tauliah mengajar al-Quran tahun ini dan jumlah itu merupakan tambahan kepada 842 orang di Perlis yang mempunyai tauliah berkenaan.


Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan melancarkan buku baharu terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis iaitu 'Mukadimah Kaedah Fiqhiyyah'. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/697420/berita/nasional/pengambilan-vape-haram-berdasarkan-keputusan-jawatankuasa-fatwa-negeri-perlis


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.144807 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list