CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33369|Reply: 98

“Kenapa Perlu Pelik Bila Orang Tak Bertudung Bagitahu Mereka Solat?” - Diana Danielle

[Copy link]
Post time 18-11-2024 10:14 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa kesal apabila menerima reaksi kurang senang netizen selepas memberitahu dia kini lebih selesa mendekatkan diri dengan Allah untuk mengadu segala kesedihan.


Menerusi perkongsian di Threads, Diana berkata solat adalah tanda kesedaran seseorang itu untuk berubah menjadi lebih baik.


Diana turut mempersoalkan adakah dia tidak layak untuk menunaikan solat jika dirinya belum sempurna termasuk dalam menutup aurat.








“Kenapa perlu pelik bila orang tak bertudung bagitahu mereka solat? Kan setiap orang ada ujian berbeza. Solat tanda kesedaran untuk berubah dan menjadi lebih baik.


“Sejak saya berkongsi bahawa solat adalah sumber kekuatan saya, reaksi pertama sering kali, “Tutup aurat dulu.” Adakah jika saya belum sempurna, saya tak layak untuk solat? Jangan kaitkan kesempurnaan dengan amalan,” katanya.


Dalam pada itu, Diana turut meminta supaya tidak merendahkan mereka yang sedang cuba untuk berubah ke arah lebih baik kerana apa yang pentign mereka berusaha ke arah kebaikan.








Terdahulu, Diana berkata buat masa ini dia selesa mendekatkan diri dengan Allah serta meluahkan kesedihan dan apa yang dirasai ketika bersujud.




Sumber -  Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju hitam tu xnampak mcm perempuan sejati wings
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde pelik pun.

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg pelik? Delulu. Gi mkn ubat
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:36 PM | Show all posts
Edited by nolya at 18-11-2024 11:54 PM

Apabila kita solat, sebenarnya kita mencari suatu kekuatan dn pertolongan drp Dia, hanya kpd Dia kita menggantung harap.  "Kpd Engkau aku sembah dn Kpd Engkau aku minta pertolongan".  Tapi dlm pada itu, kita masih ada keengganan yg tidak mampu atau belum mampu mungkin untuk turuti perintahNya, iaitu menutup aurat.  Kita pilih satu dn kita tinggalkan yg lagi satu,  bagaikan kita ada dn boleh membuat pilihan sekalipun dua perkara itu wajib.

Solat itu doa dn solat juga membentuk sahsiah ummah dn menjauhkan ummah drp melakukan perkara2 mungkar.  Sudahkah solat yg dikerjakan  ummah menepati intipati maksudnya?  




Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Takleh ke diam2 je dia ni? Merentan tak sudah2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2024 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang tudung/tudung labuh/pakai kopiah pun ada menyakau duit derma, menipu orang, tayang kemewahan, jual produk timbang kilo harga yahoodi, menggatal dgn laki/bini orang, jadi ahli kultus sesat....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde siapa tanya pun entah2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2024 12:05 AM | Show all posts
BlackpingU replied at 18-11-2024 11:46 PM
Yang tudung/tudung labuh/pakai kopiah pun ada menyakau duit derma, menipu orang, tayang kemewahan, j ...

Yg Solat,  bertudung labuh dn berkopiah, tapi tetap dgn kemungkarannya,  itu adalah ujian bagi mereka.  Maka jgn itu pula dijadikan contoh sandaran untuk kita tak perlu solat dn menutup aurat sewajibnya. Biarkan mereka dgn amalannya, kita dgn kefahaman dn keyakinan kita seperti suruhanNya. Boleh kan?  

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Asyik merempan je dia ni… jiwa x tenang la tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Solat tu wajib. Tutup aurat pun wajib. Buatlah dua2. Kalau belum mampu, usahalah sekadar upaya. Jangan tangguh2, jangan down dengan kata2 orang.

Semoga DD okay2 saja.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mentaliti org islam melayu ni sejak dari dulu memang backwards sebab tu x maju2 sebab x open minded

Bila org freehair bg nasihat bab ugama ibarat terkena najis vavi yg perlu disamak.

Cer org munafik beri nasihat ugama..biarlah peliwat ke..perogol ke..scammer ke..tetap di poja2 dijilat2 dipertahankan konon ahh itu fitnahh.Jd enabler

Sick mentality.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg pelik tu
Aku bese je
Yg pakai skirt pendek g surau pn aku x kesah
Lantak mu la
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak kat office lama aku dulu hot giler kot. Mini skirt manjang..selalu terserempak kat surau office.
Tapi time tu takda sapa pun heran kot sbb bukan zaman social media.

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
kucim replied at 19-11-2024 02:00 AM
Mentaliti org islam melayu ni sejak dari dulu memang backwards sebab tu x maju2 sebab x open minded
...

Kan.dalam sini pun ada sis berperangai seperti yg ditulis oleh sis
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 19-11-2024 06:33 AM

Lagi pelik aku org2 islam menunjuk pasal dia bersolat dan kagum tgk org tu bersolat...hello..setiap org islam wajib solat x kira la ko mcm mana sb solat tu wajib..sbg org islam kena solat...euwww nama je islam tp x tahu ttg rukun islam sbg seorang islam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2024 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia antara 2 je. Samada solat nko diterima ataupun tak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mindset mulayu DD.
Suka dictate kehidupan/amalan org.
Lom btudung ditarbiyah suruh katop kepala. Dh katop kepala kondem pakaian xpatuh syariah pulak. Stokin xpakai la, lengan nampak la. Serba serbi xkena.
Tu lom sembang tang amalan, org suka derma utk animal welfare pn dok pertikai. Patut p huloq utk ank² yatim, utk palestin, buat mesejid.
Derma yg tekak depa suka, padahal duit kita.
Yihh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 19-11-2024 03:03 AM
Kan.dalam sini pun ada sis berperangai seperti yg ditulis oleh sis

Aku yakin dlm ni ramai yg kna seksa kt nuraka dulu seblom ciyom bau sorga (urg islam ujung² masok sorga jgk khuens tu pasal isley liberal takut nk murtad) walau komen acah² good.
Tmasuk la aku
Kita ni suma pendosahh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2024 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi pelik pakai tudung tp tk solat padahal solat itu rukun islam, tiang agama.

Benda2 wajib perintah Allah kalo kita tak buat, baik senyap je la. Tk perlu justify.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48982 Replies : 26
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 4077 Replies : 3
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257005 Replies : 7116
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11042 Replies : 276
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47102 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 4892 Replies : 1
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 18896 Replies : 113

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.077138 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list