CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33068|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemandu lori kontena terbalik hempap kereta tak dibenar ikat jamin, tak mengaku salah

[Copy link]
Post time 18-11-2024 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 18-11-2024 03:16 PM

Pemandu lori kontena terbalik hempap kereta tak dibenar ikat jamin, tak mengaku salah

Nur Izzati Mohamad[email protected]




MARHIZAN (kanan) didakwa memandu treler jenis Volvo dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang pemandu wanita Lee Zi Rou dalam nahas enam kenderaan pada 13 November lalu. FOTO Danial Saad




Bukit Mertajam: Pemandu lori kontena yang terbalik hingga menghempap seorang kerani wanita dalam nahas enam kenderaan pada 13 November lalu tidak dibenarkan ikat jamin selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Marhizan Johari, 51, mengaku tidak bersalah ketika kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa memandu treler Volvo dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang pemandu wanita Lee Zi Rou berusia 21 tahun dalam kejadian di Jalan Kebun Sireh, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi pada 13 November lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun serta maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.

Dalam pada itu, tertuduh juga bakal berdepan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfadzly Hassan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh berikutan kes itu telah mendapat liputan meluas di media sosial, termasuk tertuduh juga dilihat tidak menunjukkan rasa bersalah atas perbuatannya hingga sanggup menunjukkan isyarat 'peace' ketika wajahnya dirakamkan pihak media ketika membuat liputan proses tahanan reman.

Majistret Mohd Harith kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 24 Januari tahun depan bagi laporan bedah siasat, perubatan dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Dalam kejadian 13 November lalu, seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh dari sebuah treler dalam kemalangan enam kenderaan di Jalan Bukit Tengah, di sini.

Mangsa yang maut memandu kereta Perodua Bezza manakala Tan Chou Theng, 25, yang cedera parah adalah pemandu Honda Jazz.

Kemalangan itu dipercayai berlaku ketika lima kereta dan sebuah lori dari Jalan Kebun Sirih berhenti di lampu isyarat simpang tiga Jalan Bukit Tengah sebelum sebuah treler kontena dari Jalan Bukit Tengah tiba-tiba membelok ke kiri.



Disiarkan pada: November 18, 2024 @ 12:41pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1156301/pemandu-lori-kontena-terbalik-hempap-kereta-tak-dibenar-ikat-jamin-tak




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.065626 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list