CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32679|Reply: 2

[Pulau Pinang] Bebola mata kiri dikorek warga asing, mangsa kini cacat kekal

[Copy link]
Post time 18-11-2024 02:59 PM | Show all posts |Read mode
Bebola mata kiri dikorek warga asing, mangsa kini cacat kekal

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




KETUA Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Georgetown: Lelaki tempatan yang hilang bebola mata kiri akibat dikorek suspek warga asing dalam kejadian di tepi jalan Flat Rathina, Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor dekat sini, pada Sabtu lalu, kini dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Keadaan mangsa semakin pulih dan mengalami kecacatan kekal akibat insiden itu.

"Siasatan sedang dilengkapkan bagi mendakwa suspek di mahkamah," katanya kepada media, hari ini.

Terdahulu, Hamzah menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Timur Laut dan Pengerusi Perkep di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini.

Hamzah berkata, hasil siasatan mendapati berlaku pertengkaran mulut antara mangsa berusia 52 tahun dengan suspek berumur 28 tahun itu sebelum berakhir dengan pergaduhan.

"Punca pergaduhan bermula daripada perselisihan faham antara kedua-dua mereka yang juga jiran perumahan sama.

"Siasatan lanjut mendapati mangsa mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan ketika kejadian dia dipercayai berada dalam keadaan mabuk.

"Manakala suspek yang juga memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tiada rekod jenayah," katanya.

Semalam, polis mengesahkan lelaki warga asing yang bertindak mengorek keluar bebola mata kiri seorang lelaki tempatan direman selama empat hari.

Reman terhadap suspek dibenarkan sehingga 20 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.



Disiarkan pada: November 18, 2024 @ 1:01pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1156315/bebola-mata-kiri-dikorek-warga-asing-mangsa-kini-cacat-kekal




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2024 05:50 PM | Show all posts
"Manakala suspek yang juga memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tiada rekod jenayah," katanya.

Pendatang sial yang claimed paling teraniaya dalam dunia. Datang sini korek mata orang.
Memang sial. Gangster di malezia pun tak buat macam ini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Punya lah ngeri sampai korek keluar biji mata orang tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.056740 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list