CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43146|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kontena hempap kereta: Pemandu treler didakwa esok

[Copy link]
Post time 17-11-2024 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Kontena hempap kereta: Pemandu treler didakwa esok

BERNAMA




GAMBAR fail, pemandu treler kontena lelaki ketika ditahan reman. FOTO NSTP



Bukit Mertajam: Pemandu treler yang terbabit dalamkemalangan mautdi Jalan Bukit Tengah pada Rabu lalu akan didakwa di Mahkamah Bukit Mertajam di sini esok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Helmi Aris ketika dihubungi Bernama mengesahkan lelaki berusia 51 tahun itu akan didakwa esok selepas tamat reman hari ini.

"Lelaki itu yang ditahan selepas kemalangan tersebut direman hingga hari ini untuk siasatan lanjut kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada sebuah treler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Bukit Tengah di sini.

Mangsa yang maut, Lee Zi Rou, 21, memandu kereta Perodua Bezza manakala Tan Chou Theng, 25, yang cedera parah adalah pemandu Honda Jazz.

Kemalangan pada 9.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika lima kereta dan sebuah lori dari Jalan Kebun Sirih sedang berhenti di lampu isyarat simpang tiga Jalan Bukit Tengah sebelum sebuah treler kontena dari Jalan Bukit Tengah tiba-tiba membelok ke kiri.



Disiarkan pada: November 17, 2024 @ 6:14pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1156138/kontena-hempap-kereta-pemandu-treler-didakwa-esok




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.143896 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list