CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76232|Reply: 0

[Perlis] KPT serah kepada polis siasat kes pelajar IPT ditahan bersama ganja

[Copy link]
Post time 16-11-2024 09:06 PM | Show all posts |Read mode
KPT serah kepada polis siasat kes pelajar IPT ditahan bersama ganja16 November 2024 03:48pm




Zambry Abdul Kadir




KANGAR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes melibatkan empat pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) yang ditahan bersama rampasan dadah jenis ganja dalam serbuan di Seri Iskandar, Perak pada Khamis lepas (14 November).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihak polis akan mengambil langkah mengikut undang-undang terhadap pelajar IPT berkenaan sekiranya dipercayai terlibat dalam jenayah itu.

"Sama ada pelajar atau bukan pelajar, mahasiswa atau bukan mahasiswa setiap perkara dilakukan seseorang melibatkan hal jenayah maka kita serahkan kepada pihak keselamatan (polis)...,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Perlis di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan polis menahan empat individu termasuk dua wanita yang juga pelajar sebuah IPT dan merampas dadah jenis ganja dalam serbuan di Seri Iskandar pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Superintenden Zulkafli Sariaat dipetik sebagai berkata, kesemua suspek warga tempatan itu ditahan di sebuah rumah teres dua tingkat pada jam 1.40 tengah hari dan hasil pemeriksaan di rumah itu menemukan dadah jenis ganja dengan anggaran berat 1.92 kilogram bernilai RM2,500.

Dadah itu dipercayai untuk kegunaan mereka sendiri dan juga pengedaran.

Mengulas lanjut, Zambry yang juga Setiausaha Agung BN berkata, laporan lengkap berhubung kes itu perlu diperkemas untuk membolehkan langkah susulan dapat diambil pihak IPT berkenaan selain langkah undang-undang.

"Kita lihat bahawa dari semasa ke semasa kes sebegini yang perlu kita tangani tetapi apa pun yang paling mustahak ialah pihak universiti dan pihak kementerian akan mengambil langkah segera... dengan jumlah pelajar universiti dengan kedudukan mereka di universiti itu sendiri mereka terdedah segala kemungkinan,” katanya.


Beliau berkata, sering kali pihaknya menekankan aspek disiplin dalam kampus perlu dijaga berserta peranan pihak bahagian hal ehwal pelajar di IPT perlu dipertingkatkan. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/696937/berita/nasional/kpt-serah-kepada-polis-siasat-kes-pelajar-ipt-ditahan-bersama-ganja


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.070204 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list