CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45978|Reply: 0

[Kedah] Kedah dijangka keluar fatwa mengenai GISBH bulan depan

[Copy link]
Post time 14-11-2024 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Kedah dijangka keluar fatwa mengenai GISBH bulan depan

Noorazura Abdul Rahman[email protected]




Fadzil Awang bercakap kepada pemberita pada Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon . FOTO WAN NABIL NASIR.



Alor Setar: Jabatan Mufti Kedah dijangka mengeluarkan fatwa mengenai isu pegangan dan fahaman dibawa GISB Holdings (GISBH), bulan depan.

Mufti Kedah Datuk Fadzil Awang berkata, pihaknya akan mengadakan sekali lagi mesyuarat bagi membincangkan maklumat diperolehi daripada pelbagai pihak termasuk GISBH dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, pertemuan bersama seorang pemimpin atasan GISBH sudah dilakukan dan individu berkenaan mengakui terdapat kesalahan dan penyelewengan berlaku.

Bagaimanapun, katanya, individu berkenaan turut mendakwa terdapat beberapa perkara yang dituduh sebenarnya tidak berlaku dalam GISBH.

"Pertemuan itu berlaku sebelum saya hadir ke Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bulan lalu. Dalam pertemuan itu, mereka setuju untuk dipanggil bagi ditunjukkan kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan, selain bersedia membetulkan keadaan agar dapat kembali ke pangkal jalan.

"Pihak terbabit turut menzahirkan harapan agar kegiatan ekonomi mereka tidak dilibatkan. Mereka sedia perbetulkan kepercayaan, pegangan dan amalan tetapi jangan dilibatkan aktiviti ekonomi mereka.

"Suara mereka itu turut saya sampaikan dalam muzakarah MKI. Perbincangan dalam muzakarah itu kemudian memutuskan ajaran GISBH masih terikat dengan Al-Arqam dari segi wirid, amalan serta beberapa kepercayaan lain dan keputusan itu lalu diangkat ke Majlis Raja-Raja sebelum diumumkan hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Terdahulu, Pengerusi MKI Datuk Dr Nooh Gadot mengumumkan keputusan Mesyuarat MKI Ke-125 memutuskan ajaran dibawa Nasiruddin Mohd Ali daripada GISBH sebagai sesat kerana mempunyai ciri-ciri menyeleweng dari ajaran Islam.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata, situasi di Kedah tidak seburuk seperti berlaku di beberapa negeri lain yang menyaksikan berlaku penangkapan pemimpin serta penutupan operasi GISBH.

Menurutnya, walaupun belum mengeluarkan fatwa berkaitan ajaran berkenaan, namun keputusan di peringkat MKI sudah cukup untuk diambil tindakan sewajarnya.

"Di negeri ini, kita dapati pihak GISBH telah menutup pusat-pusat pengajian mereka sebaik isu itu mula diperkatakan orang ramai.

"Di sini, keadaannya tidaklah lebih serius seperti negeri-negeri lain hingga melibatkan tangkapan dan pusat-pusat pengajian ditutup pihak berkuasa," katanya.



Disiarkan pada: November 14, 2024 @ 3:16pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1155004/kedah-dijangka-keluar-fatwa-mengenai-gisbh-bulan-depan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.060174 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list