CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22332|Reply: 0

[Sarawak] UTS catat sejarah sebagai universiti pertama di Malaysia menerima akreditasi TVET-I

[Copy link]
Post time 14-11-2024 11:45 AM | Show all posts |Read mode


Khairuddin (lima kiri) merakam gambar bersama pasukan panel daripada CIAST dan DSD.

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) mencatat sejarah sebagai universiti pertama di Malaysia yang menerima akreditasi TVET-Instruction (TVET-I) dalam program Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Kepujian).

Pengiktirafan itu diperoleh pada 1 November lalu selepas penilaian menyeluruh oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD) dan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) semasa lawatan mereka ke UTS pada 20 September 2024.

Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid menyifatkan pencapaian itu sebagai kejayaan besar dalam pendidikan teknikal dan vokasional sekali gus mengukuhkan kedudukan UTS sebagai peneraju pendidikan berasaskan kemahiran di peringkat kebangsaan.

“Sebelum ini, UTS telah dinobatkan sebagai Universiti Terbaik Malaysia Dalam Pendidikan TVET Untuk Latihan Kemahiran Lanjutan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi pada Ogos lalu.

“Dengan akreditasi TVET-I ini, UTS terus memperkukuh kedudukannya dalam memperjuangkan pengiktirafan ganda untuk pendidikan akademik dan teknikal di Malaysia,” katanya.

Menurut Khairuddin, sebagai satu-satunya universiti penuh di Sarawak yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak, UTS komited dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi dan inovatif.

Selain itu, akreditasi TVET-I ini juga meningkatkan nilai program Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (BTM) di bawah Sekolah Perniagaan dan Pengurusan (SBM), yang menawarkan kelayakan berganda kepada pelajar, seterusnya memberi kelebihan dalam pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif.

Tambahnya, program BTM yang ditawarkan telah direka sebagai model hibrid bagi pendidikan dan latihan TVET di peringkat lanjutan, memberi laluan alternatif kepada mereka yang ingin menyambung pendidikan tinggi.

“Dengan akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), UTS terus menjadi peneraju dalam kecemerlangan pendidikan yang menyumbang kepada visi Sarawak dan Malaysia dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi,” tambah beliau.

Katanya, sebagai sebuah institusi yang mengutamakan pembangunan tenaga kerja berdaya saing, UTS akan terus menyediakan persekitaran pembelajaran bertaraf dunia yang mampu melahirkan pemimpin berwibawa yang bersedia menghadapi cabaran global.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.119797 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list