CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10703|Reply: 7

[Tempatan] Pendapatan pelaburan KWSP melonjak 20 peratus

[Copy link]
Post time 12-11-2024 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 12-11-2024 11:02 AM

Oleh Mahanum Abdul Aziz - November 11, 2024
[email protected]


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM57.57 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2024, meningkat 20 peratus berbanding RM47.86 bilion dalam tempoh sama 2023.

Pada suku ketiga berakhir 30 September 2024, jumlah pendapatan pelaburan adalah RM19.67 bilion, meningkat sebanyak RM5 bilion berbanding RM14.67 bilion yang dicatatkan pada suku sama 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata prestasi kukuh KWSP adalah bukti kepada strategi pelaburannya yang merangkumi portfolio yang pelbagai merentasi kelas aset utama.

Beliau berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat dengan kukuh sebanyak 5.9 peratus tahun-ke-tahun pada suku kedua dan FBM KLCI ditutup pada 1,648 pada akhir suku ketiga dengan pulangan sebanyak 13 peratus setakat tahun ini, di mana pelabur terus optimis terhadap prestasi asas syarikat Malaysia, dasar ekonomi Malaysia, dan pembaharuan fiskal.


Katanya, pasaran global secara amnya menunjukkan prestasi positif sepanjang suku tahun ini, didorong oleh permulaan kitaran pelonggaran kadar faedah apabila Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada September.

"Pengurangan kadar faedah di AS yang dinantikan telah mendorong sentimen pasaran dan keuntungan merentasi pelbagai sektor, termasuk REIT, utiliti dan kewangan, yang semuanya memberi kesan positif kepada portfolio pelaburan KWSP.

"Pertumbuhan KDNK benar China dicatatkan pada 4.6 peratus tahun ke tahun, menurun sedikit daripada 4.7 peratus pada suku sebelumnya.

"Walau bagaimanapun, risiko kekal dalam prospek global seperti trajektori dan kadar pengurangan kadar faedah, ketegangan geopolitik yang berterusan dan semakin meningkat terutama di Asia Barat serta potensi tarif import yang lebih tinggi ke AS dengan pemilihan Donald Trump minggu lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Pendapatan daripada pelaburan ekuiti terus menjadi penyumbang besar kepada pendapatan untuk suku ketiga 2024, menjana sebanyak RM18.32 bilion berbanding RM9.17 bilion dalam suku ketiga 2023, mencerminkan pendekatan proaktif pengurus dana dalam merealisasikan keuntungan di sebalik ketidaktentuan pasaran, disokong oleh momentum positif dalam pasaran ekuiti.

Instrumen pendapatan tetap, menyumbang 33 peratus atau RM6.51 bilion kepada jumlah pendapatan pelaburan KWSP bagi suku ketiga 2024.

Hartanah dan infrastruktur mencatatkan keuntungan sebanyak RM820 juta dalam suku tahun itu berdasarkan kadar mata wang tetap.

Memandangkan majoriti pelaburan dalam hartanah dan infrastruktur serta instrumen pasaran wang didenominasikan dalam mata wang selain ringgit, dan dengan pengukuhan ringgit baru-baru ini berbanding dolar AS pada suku ketiga 2024, kelas aset itu mengalami kerugian sebanyak RM3.71 bilion dan RM1.45 bilion masing-masing selepas penukaran mata wang asing.

Kedudukan itu, bagaimanapun adalah bersifat sementara, mencerminkan pergerakan mata wang semasa.

Pasaran wang antarabangsa sangat sensitif terhadap turun naik mata wang jangka pendek, yang membawa kepada kerugian penukaran semasa tempoh apresiasi mata wang.

Pelaburan KWSP dalam hartanah dan infrastruktur adalah untuk jangka masa panjang di mana pergerakan mata wang mempunyai impak yang lebih kecil terhadap pulangan sebenar keseluruhan.

Setakat September 2024, jumlah aset pelaburan KWSP adalah berjumlah RM1.222 trilion, dengan 62.2 peratus dan 37.8 peratus diperuntukkan kepada pelaburan dalam dan luar negara.

Dalam suku ketiga, pelaburan luar negara menyumbang sebanyak RM10.50 bilion, merangkumi 53 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan.

Daripada jumlah pendapatan pelaburan, RM48.02 bilion dijana untuk Simpanan Konvensional, manakala RM9.55 bilion untuk Simpanan Shariah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiap2 tahun sembang melonjak manakala dividen 5 percen….
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 11:06 AM | Show all posts
mana tau naik lagi so sape yg 50 besday january, feb taun depan kasi simpan dulu jangan keluar tunggu dibiden..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mamaazim replied at 12-11-2024 11:06 AM
mana tau naik lagi so sape yg 50 besday january, feb taun depan kasi simpan dulu jangan keluar tungg ...

kalo dah umo 50 bole kuar akaun 2 je kan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 05:08 PM | Show all posts
Banyaknya peningkatan aku dah habis idea dah nak beli apa duit KWSP ni nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 05:12 PM | Show all posts
ekselen replied at 12-11-2024 04:36 PM
kalo dah umo 50 bole kuar akaun 2 je kan?

iye.. mmg account 2 sahaja boleh keluar umur 50. account 1 umur 55 n semua account yg lain akan digabungkan jd ke account 1 so boleh keluarkan semua. tp sekiranya masih bekerja selepas umur 55 berapa contribution epf kita selepas umur 55 itu akan masuk account emas hanya boleh dikeluarkan umur 60.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2024 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu tak reti2 nak bagi 2 digit dividend
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 09:59 PM | Show all posts
pundek lah..cam siput babi dividen nak naik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.051439 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list