CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34894|Reply: 14

[Dunia] Wanita diceraikan selepas lahirkan anak kulit gelap

[Copy link]
Post time 10-11-2024 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-11-2024 06:27 AM



Wanita diceraikan selepas lahirkan anak kulit gelapMARLISSA MOHAMMAD KAMAL
10 November 2024 07:10am
Masa membaca: 1 minit



Kebanyakan warganet turut bersimpati dengan nasib wanita itu. Foto Agensi



SHANGHAI - Pengorbanan seorang wanita yang bertarung nyawa melahirkan anak melalui prosedur 'caesarean' bertukar menjadi mimpi ngeri kerana bayinya berkulit gelap.

Akhbar China Times melaporkan kejadian itu menimpa ibu berusia 30 tahun di Shanghai, China selepas suaminya tergamak meminta ujian paterniti ke atas bayi lelaki mereka hanya kerana warna kulitnya yang berbeza.

Wanita itu kemudiannya menggunakan platform media sosial untuk berkongsi kisah sedih tersebut dan turut meminta nasihat para ibu lain bagi menangani situasi berkenaan.

"Suami saya hanya merenung dan enggan mendukungnya ketika dibawa melihat anak kami buat pertama kali. Saya diceraikan sejurus anak kami dilahirkan," kongsinya.

Wanita itu juga menyatakan warna kulit bayinya agak terlalu gelap dan berlainan daripada mereka.
"Saya tidak pernah ke Afrika atau mengenali mana-mana lelaki kulit hitam," tegasnya ketika cuba menjelaskan dia tidak pernah berlaku curang kepada suaminya.

Warganet yang bersimpati dengan nasib wanita itu turut menyarankan ujian paterniti untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.

"Ia adalah keadaan biasa bagi bayi baru lahir. Kulit mereka akan berubah mengikut warna ibu bapa tidak lama selepas itu. Ramai bayi baru lahir berkulit sedikit gelap atau kemerah-merahan," kata seorang pengguna media sosial. - Agensi



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2024 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha..  Black lives matter.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 10:41 PM | Show all posts
Aduhai...
OT jap... tapi ada kaitan juga dengan kisah ni...

Kawan saya suami isteri putih melepak macam cina...
Masa pregnant, boleh pulak si isteri ni bergaduh dengan boss dia...
Boss dia India...
Dia sampai pancitkan tayar kereta boss dia...

Sekali lahir, anak diorang lahir memang kulit gelap...
Orang kata, ketulahan!
Cuma muka anak tu memang muka ayahnya laaa ..
So, tak de la kena cerai...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 10-11-2024 10:41 PM
Aduhai...
OT jap... tapi ada kaitan juga dengan kisah ni...


Huhu iolss percaya sbb terjadi kt diri iolss.. Iolss nak marah kt junior iolss which is keylingg... End up ank iolss buku mata lentik pnjg
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm gmbr tu kulit gelap rambut kerinting, jarang cina kerinting halus mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok rambut. Negro ni kawin jepun, korea, mat saleh rambut semua kerinting halus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2024 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mmg tak salah..buat je paterniti test tu..apo takut
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya masa mengandung..minda si ibu bole bantu 'pembentukan' anak
Psl tu dlm masyarakat melayu ada perkataan kenan lah tulah kat
Psl tu kalau mengandung kene jaga mulut, fikiran bagai.doa baik2 sudah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2024 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi nampak gelap beno budaknye
maknye benci sgt gaknye tgk negro2 kat sana
depa kan ni terkenal racist

tapiiii ...kalau kite di kasut suami dia pun bole jadi syak wasangka
apa salahnye buat test drpd menanggung hasil benih negro

penah tgk docu kat china pasal dorang buat fertility treatment
ada menantu pempuan sampai kena disuruh serai bila tak berjaya mengandung
gila betul mentaliti type c
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 10-11-2024 10:41 PM
Aduhai...
OT jap... tapi ada kaitan juga dengan kisah ni...


Kakak i pun mcm ni
Kkk n abg i kulit cerah
Ank sulung dpt ank itam cam kulit india
Mak kata terkenan sbb masa preggy tu kkk kata ada sorg murid india ni manja sgt dgn dia
Seb baik la features muka dia sama ngn abg ipar i
Muka dia n adik beradik lain pun sama
Warna kulit je x sama
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 08:48 AM | Show all posts
baby ni lepas kan..kalau tgk tu bukan gelap..dia biru tuu..

anak negro pun kalau lahir2 mmg putih..pastu lama2 gelap..

kalau baby lahir nya putih /kuning akan jd gelap bila besar..

yang lahir merah akan nampak hitam sikit tp nanti dia putih..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
AngelFreakyAF replied at 10-11-2024 10:51 PM
Huhu iolss percaya sbb terjadi kt diri iolss.. Iolss nak marah kt junior iolss which is keylingg.. ...

Kesimpulannya patut masa preggy bukan kita kena suka hindustan atau mat salleh. Patut kena benci org lawa2 supaya kenan dkt ank
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 10:27 AM | Show all posts
Terjadi kat saya..anak bongsu memang kulit gelap dr adik beradik yg lain sbb time preggy memang benci sgt kt bos keyling sorang ni..penyudahnya anak lahir gelap dan berbulu mata lentik walaupun boy..nasib baik muka dia copy muka asben.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 11:34 AM | Show all posts
kesiannya, sudahla penat mengandung dan melahirkan
maruah sendiri pun suami tak jaga
siap tuduh ada affair
jgn meroyan sudah, keep calm n stay strong gitu
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2024 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kejadian kat hospital batu pahat... kes tertukar bayi.

chinese & malay.

yg chinese tu ada instinct tu bukan anak dia sbb muka mmg melayu habis. Yg couple malay tu jadi gaduh sampai cerai sbb yg suami tak percayakan isteri. anak tu terus jadi anak terbiar ... umur 13 tahun dah berdikari... sedeyhhh

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=265609&mobile=1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.221190 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list