View: 26334|Reply: 12
|
[Tempatan]
Saman fitnah: Muhyiddin diperintahkan bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 8-11-2024 09:54 AM
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali - November 8, 2024 @ 9:18am
[email protected]
Guan Eng (kiri) dan Muhyiddin
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin memfitnah bekas menteri kewangan Lim Guan Eng berhubung isu pembatalan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary.
Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain mengarahkan Muhyiddin membayar ganti rugi sebanyak RM1.35 juta kepada Lim.
Hakim berkata ahli parlimen Pagoh tidak cuba untuk mengesahkan kenyataan sebelum mengeluarkan dakwaan itu yang tidak berasas.
"Kenyataan tersebut bukan sahaja tidak benar malah berpotensi membawa kesan buruk dalam negara berbilang budaya," kata Roz Mawar.
Saman ini berkait fitnah Muhyiddin bahawa Lim ketika menjadi menteri kewangan telah membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary semasa pentadbiran PH.
Butiran pampasan yang diputuskan oleh mahkamah sivil RM350,000 untuk setiap tiga kenyataan yang membawa kepada jumlah RM1.05 juta, ditambah RM350,000 untuk ganti rugi teruk dan RM350,000 untuk ganti rugi teladan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan RM1.35 juta.
Hakim Roz Mawar juga memerintahkan Muhyiddin membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Lim.
Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu dilihat berjabat tangan dan dipeluk oleh pemimpin serta penyokong DAP selepas prosiding mahkamah terbuka.
Muhyiddin pula tidak kelihatan semasa prosiding berlangsung.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tiada bukti Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali - Julai 17, 2024 @ 3:21pm
[email protected]
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. - NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, tiada bukti dokumen menunjukkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
Perkara itu dinyatakan Ketua Seksyen Bahagian Cukai (Perkhidmatan II), Kementerian Kewangan, Hazlan Abdul Aziz, yang memberikan keterangan selaku saksi yang disepina defendan iaitu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Saksi itu berkata demikian pada prosiding perbicaraan kes saman fitnah dikemukakan Ahli Parlimen Bagan itu terhadap Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berhubung isu pembatalan pengecualian cukai terhadap yayasan berkenaan.
Hazlan ketika disoal peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Guan Eng berkata, beliau tidak menemui mana-mana surat dikeluarkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyatakan Kementerian Kewangan tidak mengiktiraf pengecualian cukai kepada yayasan berkenaan antara 2018 hingga 2020.
Ngek Siong dalam pernyataan pembukaan pada Isnin lalu, berkata isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary dibuat ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.
Peguam itu berkata, surat yang dikeluarkan Pengerusi yayasan berkenaan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, pada 5 Februari 2021 menunjukkan gambaran jelas berhubung perkara berkenaan.
Peguam itu berkata, perkataan digunakan Syed Mokhtar adalah sangat jelas iaitu 'baru-baru ini' yang hanya boleh bermaksud baru-baru ini berdasarkan tarikh 5 Februari 2021.
Katanya, surat itu tidak menyatakan anak guamnya atau Kerajaan Pakatan Harapan yang membatalkan pengecualian berkenaan.
Menurut surat rayuan terbabit, 27 syarikat korporat di bawah Yayasan Albukhary diberi pengecualian cukai taksiran tambahan antara April 2016 hingga Mac 2018.
Ia menyatakan LHDN membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf surat kelulusan Kementerian Kewangan dalam tempoh itu sedangkan cukai kredit sudah digunakan syarikat terbabit pada tahun sebelumnya.
Sehubungan itu, yayasan berkenaan mengemukakan rayuan.
Muhyiddin dalam keterangan semalam, menafikan membuat tohmahan terhadap Guan Eng, sebaliknya berkata hanya menjelaskan mengenai rakaman percakapan yang diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Mac tahun lalu membabitkan siasatan Jana Wibawa dan yayasan berkenaan.
Beliau menerima surat rayuan daripada Yayasan Albukhary yang menyatakan pengecualian cukai tidak diiktiraf oleh LHDN walaupun dibenarkan sebelum ini.
Katanya, semua keputusan diambil LHDN adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan dan Menteri Kewangan ketika kerajaan Pakatan Harapan adalah Guan Eng.
Pada 27 Mac tahun lalu, Guan Eng memfailkan saman terhadap Muhyiddin yang didakwa mengeluarkan tiga kenyataan memfitnah yang mana laporan berhubung perkara itu diterbitkan oleh beberapa akhbar dan portal berita pada hari sama.
Guan Eng mendakwa, kenyataan fitnah itu bermaksud beliau menyalahgunakan kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan LHDN mengenakan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan itu, apabila ia tidak patut dikenakan cukai.
Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menetapkan 12 September ini untuk mendengar hujahan lisan.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka! Memfitnah sana sini! Jijik! |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknyalaa..sejak berkawan dgn lobai PAS hari2 dok meratib fitnoh kan
p/s:walaun walauntit bolehla ON balik tabong tin Milo pasni |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka… karma sbb melawan atok |
|
|
|
|
|
|
|
lain kali fitnoh orang misekin je noks..
paling-paling kena ayat merangkak jumpa kat padang matsirat jah.. |
|
|
|
|
|
|
|
pembatalan pengecualian cukai memang berlaku kan? cuma tiada bukti dokumen memgaitkan LGE.
UTAR tu kira dapat pengecualian cukai 83 juta la kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuai la bersekongkol dgn liPAS |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 8-11-2024 12:07 PM
pembatalan pengecualian cukai memang berlaku kan? cuma tiada bukti dokumen memgaitkan LGE.
UTAR tu ...
Sbb yg batal tu Din cirit sendiri tapi dia gi pitnoh kata LGE yg buat..jahat gila
Ngek Siong dalam pernyataan pembukaan pada Isnin lalu, berkata isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary dibuat ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.
Peguam itu berkata, surat yang dikeluarkan Pengerusi yayasan berkenaan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, pada 5 Februari 2021 menunjukkan gambaran jelas berhubung perkara berkenaan.
Peguam itu berkata, perkataan digunakan Syed Mokhtar adalah sangat jelas iaitu 'baru-baru ini' yang hanya boleh bermaksud baru-baru ini berdasarkan tarikh 5 Februari 2021 |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-11-2024 05:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
'Ganti rugi RM1.35 juta kepada Guan Eng terlampau tinggi' - Muhyiddin
NOOR AZLIDA ALIMINNOOR AZLIDA ALIMIN
08 November 2024 01:10pm
KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM1.35 juta kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah Pengerusi DAP itu tahun lalu.
Bagaimanapun, Muhyiddin, 77, menghormati keputusan itu selepas mahkamah memutuskan, Guan Eng, 64, berjaya membuktikan kesnya melalui prinsip imbangan kebarangkalian iaitu beban pembuktian bagi proses tuntutan saman sivil.
Menerusi kenyataan media di Facebooknya, beliau berkata, bagi mematuhi mahkamah, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) ini akan menurunkan kenyataan berkenaan dari akaun Facebook dan media sosialnya yang lain.
“Saya telah mengarahkan peguam untuk merayu terhadap keputusan terbabit kerana saya mempunyai pembelaan yang baik.
“Bagi saya, jumlah yang telah ditetapkan mahkamah adalah terlampau tinggi,” katanya.
Pada Jumaat, Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat memerintahkan bekas Perdana Menteri itu membayar ganti rugi berjumlah RM1.35 juta kepada Guan Eng selepas didapati bertanggungjawab memfitnah Pengerusi DAP itu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain mengeluarkan perintah berkenaan ketika membenarkan tuntutan saman fitnah yang dikemukakan Guan Eng selaku plaintif.
Ia membabitkan isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary.
Beliau sehubungan itu, memerintahkan Ahli Parlimen Pagoh itu membayar ganti rugi am kepada Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan sebanyak RM1.05 juta, dan ganti rugi teruk serta teladan masing-masing berjumlah RM150,000.
Muhyiddin selaku defendan turut diperintahkan membayar kos berjumlah RM50,000 kepada bekas Menteri Kewangan dalam kerajaan PH daripada 21 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020 tersebut.
Pada 27 Mac 2023, bekas Setiausaha Agung DAP, memfailkan saman terhadap Muhyiddin kerana didakwa mengeluarkan tiga kenyataan berunsur fitnah di Facebook berhubung isu pengecualian cukai pada 9, 11 dan 12 Mac 2023.
Guan Eng mendakwa kenyataan fitnah itu juga bermaksud beliau menyalahgunakan kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan LHDN mengenakan cukai dan penalti ke atas yayasan kebajikan itu, sedangkan mereka tidak sepatutnya dikenakan cukai.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 8-11-2024 11:13 AM
Selayaknyalaa..sejak berkawan dgn lobai PAS hari2 dok meratib fitnoh kan
Tapi lobai makin bijak sekarang. Depa tahu klu fitnah kat luar boleh disaman. So depa fitnah dalam parlimen pulak. Paling tinggi pun, dihalang join parlimen selama 6 bulan. Gaji & elaun berjalan. Seronok la lobai boleh ikut idola marang mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Apoo replied at 8-11-2024 05:29 PM
Tapi lobai makin bijak sekarang. Depa tahu klu fitnah kat luar boleh disaman. So depa fitnah dalam ...
Haha.betul dlm parlimen takleh kena saman..baru ni p.puteh dgn Pendang pun try test buat pitnoh dlm Parlimen tapi terus kna kantoi dgn Pmx dgn sprm.dasar lobai muka tak malu |
|
|
|
|
|
|
| |
|