CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16606|Reply: 0

[Sarawak] Graduan pekak sedar pentingnya komuniti dan persahabatan mengatasi cabaran kurang upaya

[Copy link]
Post time 6-11-2024 11:50 PM | Show all posts |Read mode


Nur Balqis merakam kenangan selesai menerima skrol ijazah pada Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-28 bagi sesi sidang kedua hari ini. - Gambar Chimon Upon

KOTA SAMARAHAN: Dalam menempuh alam universiti di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Nur Balqis Mohd Nasir, seorang graduan dengan masalah pendengaran, menyedari betapa pentingnya komuniti dan persahabatan ketika mengatasi cabaran kurang upaya dan seterusnya mencapai kejayaan.

Sepanjang pengajian, Nur Balqis berhadapan cabaran unik disebabkan masalah pendengarannya, antara lainnya adalah kekangan komunikasi dalam kelas.

Bagaimanapun, Nur Balqis memastikan dirinya sentiasa melangkah ke hadapan bahkan beliau sering mendapat sokongan daripada rakan-rakannya.

“Dari segi komunikasi, kadang-kadang ada orang bercakap dengan cepat, jadi saya sukar untuk mengikutinya.

“Oleh itu, saya bergantung kepada rakan-rakan untuk membantu saya, contohnya dalam menyiapkan tugasan dan memahami bahan kuliah," kongsi gadis berusia 23 tahun itu yang turut menekankan kepentingan kerjasama dan sokongan bersama dalam persekitaran universiti.

Nur Balqis yang mengalami masalah pendengaran sejak Tingkatan 2 disebabkan saraf telinga, telah menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia Dengan Kepujian dan meraih purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.16.

Beliau yang ditemui pemberita selesai menerima skrol ijazah pada Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-28 bagi sesi sidang kedua hari ini berkata, sokongan daripada keluarga turut memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan tersebut.

Meskipun berjauhan dengan keluarga di Perak, Nur Balqis berkata panggilan kepada ibu bapanya setiap minggu membantunya untuk terus kekal bersemangat.

“Setiap kali saya berasa sedih, saya akan merujuk pada keluarga saya untuk sokongan. Sokongan mereka, bersama rakan-rakan saya di universiti, memberikan kelainan,” katanya.

Bercakap mengenai rancangan masa depan, Nur Balqis berkata beliau merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan.

“Selepas tamat pengajian, saya ingin mencuba pengalaman baharu dalam bidang pendidikan dengan melanjutkan pengajian dalam Diploma Pendidikan di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia),” katanya.

Beliau dalam pada itu juga berharap agar pelajar di UNIMAS dapat memberi semangat dan sokongan kepada rakan-rakan yang kurang upaya serta membantu mereka untuk terus maju.

Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-28 sesi sidang kedua hari ini menyaksikan seramai 552 graduan daripada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (485 orang) serta Fakulti Alam Bina (67 orang) menerima penganugerahan Ijazah Sarjana Muda.

Sementara pada sesi sebelah petang, seramai 521 graduan daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan diberi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda bagi sidang ketiga.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.481584 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list