CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4380|Reply: 10

‘Saya approved! Ira Kazar boleh nyanyi, cuma lemah pernafasan’ - Guru Vocal

[Copy link]
Post time 6-11-2024 10:45 PM | Show all posts |Read mode





Seorang guru vokal berpendapat bekas isteri pengarah popular, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkebolehan menyanyi, namun mempunyai kelemahan dari segi sistem sokongan pernafasan (breathing support system).


Menerusi hantaran TikTok Adzrin Adzhar, wanita itu memberi maklum balas nyanyian Ira yang tular dalam acara pelancaran produk baru-baru ini.


“Kalau tanya saya, Ira Kazar boleh menyanyi. Sebagai seorang penyanyi antara benda kita paling nak cari adalah ton. Kalau A nyanyi, bunyi suara A, kalau B nyanyi bunyi suara B.


“Nampak, memang semua orang unik, Allah jadikan setiap seorang berbeza, mempunyai suara tersendiri.


“Macam Ira Kazar, dia dah jumpa ton suara cuma kesalahan atau kelemahan pada vokal dia ialah ‘breathing support system’. Nak kekalkan not tak dapat bergerak lancar,” katanya video tersebut.


Adzrin berkata, untuk bahagian pertama nyanyian itu, Ira mampu melakukannya.


“Bahagian pertama dia dah dapat, bila bahagian kedua, dia dah pusing bergerak, ini kerana ‘breathing support system’, stamina tak cukup untuk menampung ‘projection’ kita,” ujarnya.


Terdahulu, pada acara tersebut, Ira menyanyikan lagu judul Jangan Kau Mimpi dendangan asal Allahyarham Siti Sarah.





Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2024 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
guru vocal berkaliber ke pompuan ni? apa pandangan she pasal suara fazura
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 09:59 AM | Show all posts
pernah masuk penjara kan dia ni dgn bapak & kakak dia..mengubah wang haram
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 01:49 PM | Show all posts
Rasanya dia memang asal penyanyi kan..pernah rakam lagu jugak. Pujaan Malaya tak silap. Glamer jugak lagu tu sekejap.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 02:33 PM | Show all posts
bak kata Jac masa PC GV semalam," Ko gilaaaaa?"
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Better cari la keje tetap yg menjamin masa dpn. Bukan semua org dilahirkan dgn suara merdu. Gi kelas vokal pun belum tentu suara akan sedap bila menyanyi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2024 02:58 PM | Show all posts
ketambangkang replied at 7-11-2024 09:59 AM
pernah masuk penjara kan dia ni dgn bapak & kakak dia..mengubah wang haram

yup. budak ni satu sek dgn i dulu & my mum pun baik dengan mak nya.

hebat jugakla dugaan mak dia masa tu tapi aku salute cik fauziah ni sebab sentiasa positif.


Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 03:53 PM | Show all posts
ketambangkang replied at 7-11-2024 09:59 AM
pernah masuk penjara kan dia ni dgn bapak & kakak dia..mengubah wang haram

guru vokal ni ke yg masuk penjara?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2024 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ketambangkang replied at 7-11-2024 09:59 AM
pernah masuk penjara kan dia ni dgn bapak & kakak dia..mengubah wang haram

berapa tahun kena penjara?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 10:35 AM | Show all posts
Zzzzzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Fly_over replied at 7-11-2024 04:06 PM
berapa tahun kena penjara?

Setahun
Tp iol rasa sheol fefeeling kak long kawasan sbb ada sijil graduasi dari penjara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.403351 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list