CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26484|Reply: 0

[Sabah] Hajiji arah JKR proaktif tangani isu jalan rosak seluruh Sabah

[Copy link]
Post time 5-11-2024 10:28 PM | Show all posts |Read mode


LAWATAN: Hajiji disambut oleh warga Kementerian Kerja Raya semasa mengadakan lawatan kerja semalam.

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah diarahkan supaya lebih proaktif dalam menyelesaikan isu jalan rosak di seluruh Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengarahkan jabatan berkenaan mesti bertindak proaktif dan jika perlu keluarkan arahan kepada pihak konsesi supaya segera membaiki kerosakan jalan.

"Kita mesti sentiasa memikirkan keperluan rakyat. Tanpa tindakan, kerajaan dan JKR akan terus mendapat reaksi negatif daripada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa lawatan kerjanya ke Kementerian Kerja Raya di Bangunan JKR di sini hari ini.

Hajiji berkata, tindakan pemantauan penting dilakukan oleh pihak pegawai jabatan berkenaan, sama ada ia melibatkan jalan Persekutuan atau negeri.

"Beri perhatian kepada aduan rakyat. Ada aduan yang kerap dilaporkan. Justeru, saya mahu pihak JKR tidak hanya menunggu tetapi mencari penyelesaian segera kepada masalah ini," tegasnya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri akan mendapatkan penyiasat persendirian untuk mencari punca isu 60 peratus air tidak terhasil (NRW) dan kes kecurian air yang  berleluasa di Sabah.

Selain itu, beliau turut mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong untuk memberi perhatian kepada isu kekurangan tenaga kerja di kementerian itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya berkata, kementeriannya akan terus meningkatkan usaha untuk menyelesaikan isu-isu melalui pelbagai inisiatif.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam; Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim; Menteri sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe; dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.063260 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list