CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44842|Reply: 0

[Sarawak] Penerbangan Batik Air antara Bintulu-KL lonjak sektor perniagaan, pelancongan

[Copy link]
Post time 5-11-2024 12:00 AM | Show all posts |Read mode


Gambar fail

BINTULU: Penerbangan Batik Air antara Bintulu dan Kuala Lumpur bakal memberikan lonjakan sektor pelancongan dan perniagaan buat kedua-dua kawasan itu, kata Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia Datuk Seri Tiong King Sing (gambar).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, pelancaran penerbangan sulung petang Jumaat dilihat membuka lembaran baharu buat kedua-dua kawasan bagi mempelbagaikan lagi pilihan penerbangan.

"Dengan adanya tawaran penerbangan ini sekali gus akan memberi manfaat kepada sektor perniagaan dan pelancongan serta meningkatkan hubungan antara kedua-dua destinasi," ujarnya dalan satu kenyataan pada Jumaat.

Langkah ini juga katanya, dilihat sebagai menyediakan kemudahan yang lebih besar dan meningkatkan aktiviti ekonomi di kedua-dua kawasan tersebut.

Beliau berkata, pembukaan laluan itu bukan suatu tugas yang mudah kerana ia memerlukan proses persediaan yang rumit serta usaha bersama daripada pelbagai pihak berkepentingan.

"Pada masa sama, ia memerlukan penyelarasan dan dedikasi daripada banyak pihak termasuk agensi kerajaan, syarikat penerbangan, dan pegawai yang bertanggungjawab," jelas beliau.

Usaha kerja keras dan komitmen semua pihak katanya akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.

Tiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong memgimbas kembali pertemuan antara Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya (MOTAC) dan Batik Air pada 30 Julai lalu yang mana kedua-dua belah pihak membincangkan laluan berpotensi seperti Kuala Lumpur-Bintulu dan Johor Bahru-Bintulu.

Tidak lama selepas itu katanya, Malaysia Airlines menghadapi isu dengan jadual penerbangannya serta kelewatan teknikal yang mana menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai persediaan penerbangan.

"Justeru, sambutan positif daripada Batik Air sangat dialu-alukan dan melegakan semua pihak kerana kesudian bagi meluaskan laluan penerbangannya ke Bintulu," ujar beliau.

Pada September lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Datuk Chandran Rama Muthy membawa berita baik apabila mengesahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah meluluskan laluan tersebut.

Tiong berkata, MOTAC akan terus aktif bekerjasama dengan syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa bagi membangunkan rangkaian laluan yang lebih luas.

"Komitmen ini antara lain bagi menyediakan lebih banyak pilihan penerbangan kepada rakyat Sarawak terutama dalam menyokong pertumbuhan ekonomi serta membawa negeri ini ke tahap yang lebih tinggi dalam pelbagai aspek pada masa hadapan," tambahnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.313936 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list