CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6521|Reply: 86

FashionValet rugi lima tahun berturut-turut sebelum pelaburan Khazanah, PNB

[Copy link]
Post time 4-11-2024 09:44 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: FashionValet Sdn Bhd (FV) yang menjadi tumpuan berikutan kerugian pelaburan yang ditanggung oleh Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB), sudah menyaksikan kerugian lima tahun berturut-turut sebelum dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan itu melabur.


Semakan pemfailan akaun kewangan syarikat antara 2012 dan 2017 menunjukkan bahawa kerugiannya meningkat kepada RM10.7 juta pada 2017 berbanding RM166,793 pada 2012, sebelum pelaburan Khazanah dan PNB dalam syarikat itu pada 2018.


Maklumat kewangan itu diperoleh daripada pemfailan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Pada tahun Khazanah dan PNB melabur dalam syarikat itu, ia mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM20.19 juta.


Liabiliti semasa syarikat pada 2012 melebihi aset semasa sebanyak RM401,248 sebelum bertambah baik pada 2017 kepada kedudukan aset bersih RM1.24 juta.


Menariknya antara 2015 dan 2017, jumlah aset meningkat hampir 300 peratus kepada RM14.7 juta, manakala jumlah liabiliti meningkat lebih 100 peratus kepada RM11.7 juta.


Khazanah dan PNB melabur RM27 juta dan RM20 juta, masing-masing ke dalam FV pada 2018.


Business Times telah menghubungi Khazanah dan PNB untuk menjelaskan kriteria pelaburan yang dipenuhi yang telah membawa kepada pelaburan mereka pada 2018, berdasarkan rekod prestasi kewangan FV pada 2017.


Jurucakap Khazanah merujuk Business Times kepada kenyataannya sebelum ini, manakala PNB masih belum menjawab.


Sebelum ini, Khazanah berkata, FV adalah platform e-dagang tempatan yang berpotensi apabila melabur RM27 juta untuk sembilan peratus kepentingan pada 2018 dengan lebih 400 jenama dan 15,000 produk dan menjangkakan pertumbuhan pendapatan kira-kira 60 peratus setahun.


"Rasional pelaburan kami berpaksikan pada tema e-dagang luar talian ke dalam talian, serta komitmen untuk menyokong usahawan Malaysia dan syarikat peringkat awal yang berpotensi," katanya dalam satu kenyataan.


Sementara itu, Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan yang disiarkan di laman web parlimen Isnin lalu berkata pelaburan PNB adalah untuk menyokong syarikat runcit digital Bumiputera yang sedang berkembang pesat itu untuk menjadi platform runcit serantau bagi jenama Malaysia.


MoF berkata, penjualan kepentingan Khazanah dan PNB dalam FV kepada NXBT Partners Sdn Bhd mewakili jalan keluar yang bertanggungjawab kepada pelabur strategik yang boleh terus membantu FV dalam menangani keperluan pembiayaannya secara holistik dan memulihkan perniagaannya dalam persekitaran industri yang mencabar.


Sehingga 30 September 2024, NXBT Partners ialah pemegang saham terbesar FV dengan 51 peratus atau 2.5 juta saham, diikuti Datuk Fadzaruddin Shah Anuar (17.7 peratus) dan Vivy Sofinas Yusof (17 peratus).


NXBT Partners dimiliki sepenuhnya oleh Afzal Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif TIME dotcom Bhd dan Pengarah Bebas Kanan CIMB Group Holdings Bhd.


Pemfailan kewangan terakhirnya dengan SSM menunjukkan bahawa FV mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM34.5 juta berbanding pendapatan RM112.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.


SUMBER: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2024 09:56 PM | Show all posts
collusion ? nepotism ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Datuk anugerah ke datuk beli?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 12:13 AM | Show all posts
business venture nepotism memang x kemana
dah rampas pasport ke belum dedua laki bini itew
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 12:36 AM | Show all posts
manop replied at 4-11-2024 04:13 PM
business venture nepotism memang x kemana
dah rampas pasport ke belum dedua laki bini itew

Jual product sampah macam tu la. Produk tak menyelesaikan masalah Negara & masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Nepo and chronyism?? Cuba syarikat marhaen yang rekod buruk rugi memanjang,nak ke diorang melabur juta2?? Yg marhaen bkn main susah nak dpt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2024 08:12 AM | Show all posts
berulang kali aku baca di mana2,khazanah & pnb labur sbb fikirkan nak explore ecommerce & bagi peluang kat usahawan melayu. skali dah dapat duit, laki bini ni lupa daratan seolah tengah main monopoli atau saidina. pergi bukak kedai fizikal sana sini & shopping experience kat FV mmg hauk semasa sale sebelum dan selepas dapat duit berkepok. tak ada siapa ke buat audit yearly basis?aku kerja company kecik, setiap quarterly ada ebidta review untuk pastikan on track dan tak menggelupur annually nanti
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 08:14 AM | Show all posts
giler. mampus lah nak menjawab. mcm mana boleh authorised utk inject dana dlm syarikat yg tidak berupaya menjana keuntungan yih marahnya iols!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2024 08:18 AM | Show all posts
BunyiMeow replied at 5-11-2024 07:21 AM
Nepo and chronyism?? Cuba syarikat marhaen yang rekod buruk rugi memanjang,nak ke diorang melabur ju ...

sbb scarf itik tu la... pastu hancor
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
I nk tau lps depa lakibini step down. So dh takde kuasa lg dlm efvi? Tp masing2 ada 17% share.  

Tp kt ig kumpulanitik , aman2 troskan menjual plbgai lg objek. Dakis pon membatak : wuuu i spot somethg new. I NEED that

Lah takat planner, kau beli kt typo je nyahhh. Bodoh dan hodoh semua
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa chairman khazanah masa tu yg bg kelulusan ? BOD diorg patut diheret sekali masuk sprm.....mmg bangang tul la
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 09:26 AM | Show all posts
FV ni konsepnya nak tiru Zalora tapi strategi sendu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 5-11-2024 09:23 AM
Sapa chairman khazanah masa tu yg bg kelulusan ? BOD diorg patut diheret sekali masuk sprm.....mmg b ...

TS Azman Mokhtar pada waktu tu katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 09:33 AM | Show all posts

Sumbat dlm penjara. Cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg bagi datuk kat laki vv ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 10:54 AM | Show all posts
mrseller replied at 4-11-2024 11:20 PM
Datuk anugerah ke datuk beli?

beli.. jgn dilupa siapa apak fadza.. gogole je Anuar 3A, berapa ramai org kampung kena tipu duit
https://carigold.com/forum/threads/modus-operandi-tuan-hj-annuar-abdul-aziz-muncul-semula.413715/







ni yg latest

https://focusmalaysia.my/malaysians-hit-out-at-fashionvalet-founders-low-lying-hubby-as-backlash-against-couple-intensifies/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2024 10:56 AM | Show all posts
babynina30 replied at 5-11-2024 09:13 AM
I nk tau lps depa lakibini step down. So dh takde kuasa lg dlm efvi? Tp masing2 ada 17% share.  

Tp ...

hahahaha

i loikee ur last sentence.. ehh deja vu kita ekk kat bunglow tinbo lama tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 5-11-2024 09:26 AM
TS Azman Mokhtar pada waktu tu katanya.

Oh dia ni ke, skrg jd bod kt utm kan..byk CEO, chairman korporat, dato bandar  yg kena pakai baju oren sprm siap bergari, dia ni pun patut kena dgn sprm juga sbb boleh deceived BOD khazanah utk invest kt company yg 5 tahun berturut2 kerugian. Siasat jugak bapak si vivy ni kot2 ada unsur duress ka kronism ka
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 12:43 PM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 5-11-2024 09:26 AM
TS Azman Mokhtar pada waktu tu katanya.

yg jadi issue, masa grab mintak funding, khazanah reply tak support startup

tp bila FV mintak , boleh pulak

so kalu kena tanya dgn sprm.. mebi berpeluh la nak jawab






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 01:01 PM | Show all posts
sure lepas la. vivy pakai cable optic
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.292197 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list