CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39802|Reply: 2

[Pulau Pinang] Tersangkut dalam lumpur, warga emas terselamat jatuh dari Jambatan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 1-11-2024 02:24 AM | Show all posts |Read mode
Tersangkut dalam lumpur, warga emas terselamat jatuh dari Jambatan Pulau Pinang

MOHD ISKANDAR OTHMAN
31 Oktober 2024 07:24pm




Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamatkan wanita yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang.




GEORGE TOWN - Seorang wanita warga emas terselamat selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di sini dalam kejadian pada petang Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan kira-kira jam 3.30 petang yang memaklumkan seorang wanita terjatuh di Kilometer 1.1 Jambatan Pulau Pinang dari arah Perai menuju ke George Town.


Menurutnya, wanita berusia 66 tahun itu dikatakan meninggalkan sebuah kereta jenis Honda di bahu jalan berhampiran tempat dia dilaporkan terjatuh.

"Wanita yang terjatuh itu telah tersangkut di dalam lumpur.

"Anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian bertindak menyelamatkan mangsa dengan menggunakan tali penyelamat dan dinaikkan ke atas tapak tiang jambatan sebelum dibawa dengan bot nelayan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Jurucakap berkenaan berkata, wanita itu kemudiannya dibawa ke Jeti Polis Marin di Batu Uban sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

https://www.sinarharian.com.my/article/694115/berita/semasa/tersangkut-dalam-lumpur-warga-emas-terselamat-jatuh-dari-jambatan-pulau-pinang


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2024 09:02 AM | Show all posts
menyusahkan bomba ... dah tau keleboq p terjun jugak... nk mampus p la tengah sikit

kemarin otw balik ingat kan eksiden pnya ramai moto brenti tgk
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2024 05:20 PM | Show all posts
cakap je la terjun..
terjatuh apa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.039592 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list