CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6757|Reply: 0

[Kedah] KPDN Kedah terima 1,443 aduan, 105 berkait minyak masak

[Copy link]
Post time 30-10-2024 07:25 PM | Show all posts |Read mode
KPDN Kedah terima 1,443 aduan, 105 berkait minyak masak


Noorazura Abdul Rahman[email protected]



MUHAMMAD Nizam (dua, kanan) melakukan tinjauan harga sempena pelaksanaan SHMMP Deepavali 2024. FOTO Noorazura Abdul Rahman.





Sungai Petani: Sebanyak 105 aduan berkaitan minyak masak peket diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah sepanjang 10 bulan ini.

Pengarahnya, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, daripada jumlah itu 14 kes diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Katanya, antara kesalahan adalah peruncit menyorok minyak masak.

"Apabila pelanggan tanya mereka kata bekalan tidak ada tapi apabila pemeriksaan dilakukan penguat kuasa bekalan minyak masak itu sebenarnya ada.

"Kesalahan lain adalah pengilang, pemborong atau peruncit tidak mematuhi arahan pengawal; berurusan secara borong atau runcit atau mengilang apa-apa barang berjadual tanpa lesen; penjual borong menjual barang kawalan kepada orang/pihak yang tidak mempunyai lesen/surat kuasa/kebenaran bertulis; serta pemborong gagal menyenggara atau tiada buku stok barang kawalan.

"Enam lagi kesalahan adalah di bawah Akta Kawalan Harga & Antipencatutan 2011 membabitkan kesalahan gagal meletakkan label, tag atau tanda harga barang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMPP) Deepavali tahun 2024 di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Muhammad Nizam berkata, secara keseluruhannya KPDN Kedah menerima 1,443 aduan tahun ini, dengan transaksi dalam talian (398) paling tinggi, diikuti harga barang (397), barang kawalan (183), perkhidmatan mengelirukan (158) dan bengkel kenderaan bermotor (82).

Katanya, 1,996 pemeriksaan dijalankan menerusi Ops Tiris 3.0 sejak Januari lalu dan 158 kes diambil tindakan membabitkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM3.5 juta.

Sementara itu, lapan jenis barang kawalan disenarai di bawah SHMMP Deepavali 2024 termasuk daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, cili merah, kacang dal dan kelapa.

Disiarkan pada: Oktober 30, 2024 @ 7:10pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1149950/kpdn-kedah-terima-1443-aduan-105-berkait-minyak-masak


[size=0.95]








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.301541 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list