CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39335|Reply: 0

[Kedah] Didenda RM18,000, mengaku miliki 628 liter diesel tanpa lesen

[Copy link]
Post time 29-10-2024 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 29-10-2024 05:24 PM

Didenda RM18,000, mengaku miliki 628 liter diesel tanpa lesen

NURUL HIDAYAH HAMID
29 Oktober 2024 04:39pm





Seorang lelaki didenda RM18,000 selepas mengaku bersalah memiliki 628 liter minyak diesel tanpa lesen pada tahun lepas.




ALOR SETAR - Seorang lelaki didenda RM18,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa kerana memiliki 628 liter minyak diesel tanpa lesen pada tahun lepas.

Tertuduh, Lim Chean Cheang, 53, yang kini tidak memiliki pekerjaan membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim, Mazdi Abdul Hamid.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Sultan Abdul Halim di sini, kira-kira jam 10.20 pagi pada 14 Mei 2023.

Kesemua diesel terbabit ditemukan dalam tangki tambahan lori dipandu Chean Cheang hingga menimbulkan syak munasabah satu kesalahan akan dilakukan iaitu berurusan dengan barang kawalan secara borong tanpa lesen.

Perbuatan dilakukan lelaki itu telah melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang merupakan satu kesalahan bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum bawah Seksyen 22(1) akta sama.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan Chean Cheang menjalani hukuman penjara selama 10 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut manakala kesemua minyak diesel serta lori yang digunakan dilucut hak.

Chean Cheang turut mengaku bersalah atas satu lagi pertuduhan kerana memiliki 954 liter diesel tanpa lesen di sebuah stesen minyak di Jalan Pegawai, di sini, kira-kira jam 7 pagi pada 20 April 2023.

Bagaimanapun, Mazdi menetapkan tarikh 6 November depan untuk menjatuhkan hukuman di bawah akta sama.


Di mahkamah sama, seorang lelaki warganegara Thailand, Sakariya Kangla, 36, turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki 96 liter diesel dan 11 liter petrol tanpa lesen.

Mengikut pertuduhan,diesel terbabit ditemukan dalam tangki asal sebuah kenderaan yang telah diubah suai,manakala petrol itu diisi dalam dua tong plastik berkapasiti 10 liter yang berada dalam kenderaan sama.


Sakariya didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan Pekan Kuala Nerang, Padang Terap kira-kira jam 12.15 tengah hari pada 19 Oktober 2023.


Mahkamah kemudiannya turut menetapkan tarikh 6 November depan untuk menjatuhkan hukuman.

Sebelum itu, kesemua pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Muhammad Nizam Amir; Mohd Hilmi Abu Hassan dan Mohamad Sayuti Anuar Ismayatim, manakala Chean Cheang diwakili peguam, R. Thevan.

https://www.sinarharian.com.my/article/693780/berita/semasa/didenda-rm18000-mengaku-miliki-628-liter-diesel-tanpa-lesen


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.033211 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list