View: 34971|Reply: 45
|
Saman fitnah bekas menantu: Chef Wan tarik balik permohonan dapatkan kebenaran merayu
[Copy link]
|
|
Putrajaya: Chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail menarik balik permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas menantunya berhubung penerbitan berunsur fitnah di platform media sosial.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli kemudian membatalkan permohonan itu dan mengarahkan Redzuawan, atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, membayar kos RM5,000 kepada Gavin Edward O'Luanaigh.
Turut bersidang Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Abu Bakar Jais.
Terdahulu, peguam Chef Wan iaitu Nur Adilah Nabilah Abdull Jamal telah memaklumkan mahkamah mengenai penarikan permohonan berkenaan.
Peguam Nuu Khidmah Huzaisham yang mewakili O'Luanaigh pula berkata beliau tidak membantah penarikan permohonan itu namun memohon agar mahkamah memberikan kos kepada anak guamnya.
Susulan itu, keputusan Mahkamah Rayuan agar Chef Wan membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada O'Luanaigh adalah kekal.
Nur Adilah kemudian mengesahkan kepada media bahawa Chef Wan telah membuat pembayaran ganti rugi itu kepada O'Luanaigh.
Pada 20 Jun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan O'Luanaigh dan memutuskan bahawa hantaran Chef Wan di media sosial telah memfitnah beliau.
Mahkamah sama turut mengeluarkan injunksi kekal yang melarang Chef Wan daripada terus menerbitkan kenyataan berbaur fitnah terhadap O'Luanaigh dan memerintahkan beliau membayar faedah lima peratus setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.
O'Luanaigh, yang memeluk agama Islam dan dikenali sebagai Salahudin Ghaffar, telah berkahwin dengan anak perempuan Chef Wan iaitu pelakon Serina pada 2010 sebelum mereka bercerai pada Ogos 2017.
O'Luanaigh memfailkan saman itu pada Februari 2021 atas dakwaan lapan daripada hantaran Chef Wan di media sosial telah memfitnah beliau serta isterinya sekarang.
Pernyataan pembelaan Chef Wan pula mendakwa bahawa kenyataan beliau adalah fakta, komen yang adil, di bawah perlindungan mutlak serta bersyarat dan dibuat tanpa sebarang niat jahat.
Pada 11 Mei 2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengeluarkan injunksi separa yang menghalang Chef Wan daripada menerbitkan kenyataan berbaur fitnah terhadap O'Luanaigh dan memerintahkan beliau agar membuang kelapan-lapan hantaran.
Hakim Rozi Bainon bagaimanapun memutuskan bahawa kenyataan itu tidak mempunyai unsur fitnah atau diterbitkan dengan niat jahat.
SUMBER : – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Dgn orang melayu...sedara mara boleh lah kaau kotak kotik kan...kena dgn owang putih. Bayar lah mulut celupah kau.
|
|
|
|
|
|
|
|
bayau je lah tokwan... kan selalu kau je nak menang... kantoi bawak alik jantan ajak cucu tido sekatil pun kau tak counter pulak kan... hihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
duit dia byk..bayar je...
qamal tu tukang gunting dia ke.. kawan dia la kot,..penjaga dia bila sakit. baik qamal tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
zaman sekarang jangan main2 dengan saman firnah lagi2 sesama retis...sedara i olls difitnah keluarga mertua, dia saman yer menang 300k...ha hambik...lps ni kalau xda duit jgn nak memfitnah org.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Hakim Rozi Bainon bagaimanapun memutuskan bahawa kenyataan itu tidak mempunyai unsur fitnah atau diterbitkan dengan niat jahat."
Tak semua anggap apa dia tulis tu jahat.
Siapa cakap bayar je lah. Dia dah bayar lah. |
|
|
|
|
|
|
|
baru bertemu buku dengan ruas |
|
|
|
|
|
|
|
oklah tu agaknya dia pun fikir dia dah tua, sakit lak tu tak kuasa dia nak hadap benda2 macam ni dah. cucu2 dia pun bekas menantu yg jaga elok sebab nak harap anak dia ... hampeh. Anak sendiri pun tak nak duduk dgn mak. |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe dia pikir duit tu pun nnt dapat kt cucus2 dia gak
Harap gitu laaa cucu tu merasa gak duit tu |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 dia ni semuanya tak menjadi, kesian cw ni tp tulah, mulut heols tak boleh nak rehat dah tua tua ni |
|
|
|
|
|
|
|
A-Are replied at 29-10-2024 09:15 AM
zaman sekarang jangan main2 dengan saman firnah lagi2 sesama retis...sedara i olls difitnah keluarga ...
Yeke uols? Teruk ke fitnah tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Older people sepatutnya become wiser tapi org tua ni so childish. X malu ke? Dah la mulut puaka suka memfitnah, dah kalah, redha je la. Admit je la kesalahan tu then learn from your mistake. Pandai pulak bagi advise kat org but keluarga sendiri semua pecah belah, cerai sana sini, cucu2 dia pun pilih bapak diorg. Nampak sgt siapa yg problem. Ex menantu n bini dia pasti penat kene hadap bapa mertua dari neraka mcm ni. Leave them alone lah. Dah bertahun2 buat essay fitnah pasal them. Ofcourse la kene saman. What do you expect? Sbb rasa mcm terpaling celebrity, u are untouchable ke? So classless and shameless. Die with what’s left of your dignity. U nak org remember u as celebrity chef ke or nak org remember u as a liar? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak lelaki dia kan kerja dengan company dia, jadi head chef tu. Amendanya tak menjadi?
Serina tu pilih nak jadi orang biasa-biasa je.
Bukan bekap tapi fakta.
Chef Wan ni kalau tengok dari IG dia, dia cuma nak enjoy life dia saja. Kalau dia tak kenangkan cucu-cucu dia tu, rasanya dia lawan lagi kat court ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
The only mertua yg tak reti move asek nak saman menyaman je lepas anak bercerai. Bukan anak menantu yg naik court, bukan mak mertua teman turun naik court, tp pak mertua kena keluar duit ratus ribu.
Orang lain yg bercerai pun tak sekecoh dia
Boleh jadi tokoh sejarah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Well said. Kes anak ppuan dia pun gigih dia ckp fitnah, walhal terang lagi nyata kat ES tu spilled sheols terlibat dgn kartel. Iols hrp kantoi sekantoinyalah. Baru setepek kena muka pak nya. Paknya ni enabler anak2 tak ngaku salah, menangkan anak tapi terang2 anak tu buat salah. Haihh entahlah
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia yg sulung tu byk aje isunya uols. ada aje thread yg borak psl anak beranak ni, malas nak tulis pjg2 |
|
|
|
|
|
|
|
entahlah...i olls xambik tao pon fitnah pasal apa...tao2 je dgr cter menang kes...
|
|
|
|
|
|
|
|
duquesne replied at 29-10-2024 01:45 PM
Anak lelaki dia kan kerja dengan company dia, jadi head chef tu. Amendanya tak menjadi?
Serina tu ...
CW sendiri yg ckp anak lelaki dia problematic sampai tipu resume semua. Siapa lagi nak bagi keje if not his own father?. Yg Serina tu pun kawin dgn current husband pun selepas menyondol laki dia dr 1st wife Hamizah tu. CW sendiri yg kata Serina membelakangkan bapa dia sendiri, sondol laki org sampai kawin diam diam dekat Siam. Habis CW kena tipu depan mata sendiri. Nak hidup biasa biasa tu ayat penyedap hati je. |
|
|
|
|
|
|
|
IvyGorgon replied at 29-10-2024 01:54 PM
Well said. Kes anak ppuan dia pun gigih dia ckp fitnah, walhal terang lagi nyata kat ES tu spilled ...
Oh kes kartel leader yg tembak officer psl ketum ke? I pun pernah baca. Ada thread kat forum ni. Masih ingat lagi ada org up bideo Selina berjoget goyang dumang dgn kartel tu kat karaoke bar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|