CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42587|Reply: 0

[Kedah] Pelajar universiti tipu NGO bakal didakwa di mahkamah

[Copy link]
Post time 29-10-2024 01:25 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar universiti tipu NGO bakal didakwa di mahkamah

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 28, 2024 @ 10:33pm [email protected]



Foto hiasan.





JITRA: Pelajar sebuah universiti di utara yang dilapor memperdaya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini dijangka dituduh di mahkamah kerana menipu dalam tempoh terdekat.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, dengan pertuduhan dijangka dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Suspek dijangka berdepan pertuduhan menipu di Mahkamah Majistret Jitra tidak lama lagi.

"Setakat ini hanya satu laporan polis dibuat di Kubang Pasu membabitkan suspek," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam media melaporkan Cancer Survivors Malaysia (CSM) membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu seorang pelajar lelaki dari sebuah universiti di utara negeri ini kononnya memerlukan wang untuk membayar yuran pengajian.

Pengerusi CSM, Zuraini Kamal, berkata pelajar itu menghubunginya Ahad lalu untuk mendapatkan dana bagi membiayai pengajiannya berjumlah RM5,000 dengan alasan keluarganya tidak berkemampuan.

Katanya, pelajar terbabit juga memberi alasan akan dibuang universiti berkenaan jika tidak membayar yuran terbabit, namun maklumat mendedahkan pelajar itu dipercayai terbabit perjudian dalam talian.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1317120/pelajar-universiti-tipu-ngo-bakal-didakwa-di-mahkamah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.034645 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list