CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28231|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pegawai KESUMA diminta turun ke setiap negeri, fahami kesusahan dan selesaikan masalah pekerja - Sim

[Copy link]
Post time 28-10-2024 01:22 AM | Show all posts |Read mode
Pegawai KESUMA diminta turun ke setiap negeri, fahami kesusahan dan selesaikan masalah pekerja - Sim

Oktober 28, 2024 @ 12:06am



Sim ketika berucap pada Majlis Sambutan Deepavali KESUMA dan HRD Corp 2024, malam tadi. - FOTO BERNAMA




GEORGETOWN: Pegawai di Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) diminta turun ke setiap negeri untuk mendengar sendiri pandangan dan menyelami masalah dihadapi pekerja di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata ia selaras aspirasi 3K KESUMA, iaitu meningkatkan kebajikan, kemahiran dan keberhasilan pekerja.

"Kita harus bersama-sama pekerja kerana tidak guna kita berada dalam bilik yang berpenyaman udara, berada dalam pejabat di Putrajaya… kita harus turun ke negeri-negeri tidak kiralah Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Kelantan.

"Semua negeri kita akan turun padang untuk mendengar pandangan pekerja, memahami kesusahan pekerja dan kemudian menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Deepavali KESUMA dan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) 2024 di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, di sini, malam tadi, yang turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Sementara itu, Sim berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat akan kebajikan masyarakat India.

Katanya, ia antara lain dibuktikan menerusi pelaksanaan program peningkatan kemahiran, Malaysian Indians Skills Initiative (MISI) yang membabitkan dana berjumlah RM30 juta.

Beliau berkata, program inisiatif KESUMA dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) itu diwujudkan khusus bagi membantu anak muda dalam komuniti belia India meningkatkan kemahiran dalam bidang seperti robotik, kecerdasan buatan (AI), komputer serta pendigitalan, sekali gus berpeluang meraih gaji lebih tinggi.

Terdahulu pada majlis itu, Sim menyerahkan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) KESUMA serta HRD Corp kepada enam pertubuhan kebajikan dari Pulau Pinang dan Kedah, dengan masing-masing menerima RM10,000 serta hamper sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut Khamis ini.

Seramai 146 penerima daripada keluarga kurang berkemampuan dari sekitar negeri ini turut memperoleh sumbangan berupa bakul makanan, selain pemberian kerusi roda dan kotak prihatin Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada lima penerima. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1316700/pegawai-kesuma-diminta-turun-ke-setiap-negeri-fahami-kesusahan-dan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.035349 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list