CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62363|Reply: 0

[Pulau Pinang] UDA, Bank Islam perkasa pembangunan hartanah

[Copy link]
Post time 19-10-2024 04:32 PM | Show all posts |Read mode
UDA, Bank Islam perkasa pembangunan hartanah

19 Oktober 2024 02:40pm




Nor Azmi (dua dari kiri) dan Zamree menunjukkan MoU yang ditandatangani antara UDA dan Bank Islam.




KEPALA BATAS - UDA Holdings Berhad (UDA) dan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menjalinkan kerjasama untuk terus memperkasakan pembangunan hartanah dan mempergiatkan inisiatif kelestarian alam sekitar menerusi satu memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada Jumaat.

UDA merupakan peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset merangkumi pelaburan dan pengurusan harta, hospitaliti serta pengurusan fasiliti.

Menerusi jalinan kerjasama tersebut, Bank Islam menyediakan pembiayaan komprehensif merangkumi perumahan dan komersial, pembelian panel solar dan pengecas dinding kenderaan elektrik (EV) atau penyelesaian tenaga boleh diperbaharui lain yang berkaitan selain membiayai kos pengubahsuaian serta pembelian perabot dan kelengkapan.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Sr Mohd Salem Kailany berkata,kolaborasi strategik antara UDA dan Bank Islam itu selari dengan matlamat kelestarian UDA iaitu memperkasa gaya hidup lestari dengan menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang lebih mesra alam.

Menurutnya, inisiatif itu turut menterjemahkan komitmen UDA dalam mengimbangi aktiviti pembangunan dengan kemampanan alam sekitar serta menyokong aspirasi kerajaan menuju ke arah kelestarian negara menjelang 2050.

"Melalui usaha sama ini, UDA berpeluang meluaskan pemasaran rangkaian produk hartanah kediaman dan dalam masa yang sama, memperkenalkan pakej pembiayaan perumahan serta pembiayaan tambahan Bank Islam kepada bakal pembeli.



Nor Azmi (dua dari kiri) dan Zamree menandatangani MoU ketika Majlis Menandatangani MoU antara UDA dan Bank Islam yang diadakan di Crescent Dew Clubhouse, Kepala Batas pada Jumaat.





"Semoga persefahaman yang dimeterai ini memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dan merancakkan sektor pembangunan hartanah yang dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara seterusnya menuju ke arah pemerkasaan Ekonomi Madani," katanya dalam kenyataan dikeluarkan oleh UDA di Majlis Menandatangani MoU antara UDA dan Bank Islam di Crescent Dew Clubhouse di sini.


Dalam majlis tersebut, UDA diwakili Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Hartanah Kumpulan UDA Holdings Berhad, Noor Azmi Salleh manakala Bank Islam diwakili Pengarah Perbankan Runcit dan Pengagihan Bank Islam, Zamree Mohamed.




Noor Azmi dalam ucapannya berkata, jalinan kerjasama UDA dan Bank Islam itu dapat memenuhi tiga daripada sembilan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang sedang dilaksanakan oleh UDA iaitu, Matlamat (7): Tenaga Berpatutan dan Bersih, Matlamat (11): Komuniti & Bandar Mampan dan Matlamat (13):Tindakan & Perubahan Iklim yang diiktiraf secara global.

"Usaha tersebut turut bertepatan dengan penjenamaan UDA iaitu LIFE, akronim bagi 'Legasi', 'Integrasi', 'Ketelitian' dan 'Memperkasa' yang diterapkan dalam setiap rangkaian perniagaan bagi meneruskan legasi UDA dengan menumpukan kepada pembangunan mampan dan kelestarian alam sekitar.

"Saya berharap agar persefahaman yang dimeterai antara UDA dengan Bank Islam ini, memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak serta komuniti di wilayah pembangunan dan perniagaan UDA di seluruh negara secara menyeluruh," katanya.

Sementara itu, Zamree dalam ucapannya berkata, memorandum itu akan membuktikan komitmen teguh Bank Islam dalam memberi nilai terbaik buat pelanggan, mengukuhkan kerjasama strategik serta memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik.

"Untuk mencapai matlamat ini, kami akan menyertai beberapa inisiatif promosi yang dianjurkan oleh UDA. Bank Islam komited untuk terus menyokong rakan strategik kami dan memastikan kejayaan program-program yang dianjurkan.

"Kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada Bank Islam malah membuka peluang kepada pelanggan kami untuk mengakses penyelesaian kewangan inovatif yang patuh syariah.

"Kami percaya melalui kerjasama ini, pelanggan Bank Islam dapat menerima perkhidmatan dan bantuan yang lebih baik untuk mencapai matlamat kewangan mereka," katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/691950/berita/nasional/uda-bank-islam-perkasa-pembangunan-hartanah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.040248 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list