CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61034|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki tular pandu melulu dan berbahaya ada 12 rekod lampau

[Copy link]
Post time 19-10-2024 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki tular pandu melulu dan berbahaya ada 12 rekod lampau


Zuhainy Zulkiffli[email protected]





TANGKAP layar video tular memaparkan Proton Wira dipandu secara melulu dan berbahaya. FOTO tular





Georgetown: Pemandu Proton Wira yang tular di laman sosial selepas memandu secara melulu dan berbahaya di sekitar bandaraya di sini, sudah diberkas.

Lelaki berusia 39 tahun itu turut mempunyai sebanyak 12 rekod lampau pelbagai kesalahan berkaitan jenayah dan narkotik.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Lee Swee Sake berkata, pihaknya mengesan video tular memaparkan pemandu memandu kereta secara melulu serta mendapat perhatian masyarakat.

Katanya, semakan mendapati kejadian berlaku pada jam 6.18 petang, 12 September lalu di sekitar Jalan Dato Keramat dan Lebuh Chulia, di sini.

"Lelaki itu warga tempatan berasal dari Ayer Itam dan sudah ditahan pada jam 7.30 malam, Khamis lalu di Jalan Dato' Keramat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

"Pemandu berkenaan turut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan berikutan khianat kerana memecahkan cermin sebuah kenderaan menggunakan tangan yang dilapor pada Khamis lalu," katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Swee Sake berkata, pemandu berkenaan ditahan reman sehingga esok bagi siasatan lanjut dan dijangka didakwa di mahkamah pada Isnin ini.

Katanya, ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamine.

"Semakan mendapati pemandu berkenaan mempunyai 12 rekod pelbagai kesalahan jenayah dan narkotik," katanya.

Terdahulu, video berdurasi 3 minit 52 saat yang dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan memaparkan suspek memandu secara melulu termasuk memberhentikan kenderaannya secara mengejut apabila ada pemandu kereta lain membunyikan hon susulan pemanduannya yang berbahaya.



Disiarkan pada: Oktober 19, 2024 @ 3:12pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1146162/lelaki-tular-pandu-melulu-dan-berbahaya-ada-12-rekod-lampau





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.290176 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list