CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35075|Reply: 0

[Pulau Pinang] Feri ikonik tidak berupaya beroperasi di laut

[Copy link]
Post time 15-10-2024 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 15-10-2024 04:53 PM

Feri ikonik tidak berupaya beroperasi di laut

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

15 Oktober 2024 04:23pm




Feri Pulau Pinang dilaporkan berada dalam keadaan senget dan separuh tenggelam kerana kebocoran pada bahagian bawah menyebabkan air masuk ke ruangan enjin. Gambar kecil: Kon Yeow




GEORGE TOWN - Kebocoran yang berlaku pada Feri Pulau Pinang baru-baru ini menunjukkan bahawa feri ikonik yang telah dihentikan perkhidmatannya sejak 2021 itu tidak lagi berupaya untuk beroperasi di laut.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, untuk memastikan ia boleh berada di laut dengan selamat, feri tersebut perlu dibaiki dengan baik dan teliti oleh syarikat yang bertanggungjawab.


"Bagi menjadikannya layak berada di laut semula, feri ini memerlukan kerja-kerja pembaikan kejuruteraan yang meluas dan ia merupakan tugas mencabar bagi syarikat bertanggungjawab di samping kos yang tinggi," katanya pada sidang akhbar di Komtar di sini pada Selasa.

Tambah Kon Yeow, kerajaan negeri berharap agar syarikat yang dipertanggungjawabkan itu dapat memulihkan semula keadaan feri berkenaan untuk memastikan ia selamat apabila dibuka kepada orang awam kelak.


"Feri itu kini kelihatan kritikal kerana berada dalam keadaan yang senget dan separuh tenggelam.

"Diharapkan syarikat itu dapat membaiki dan menyelamatkannya," katanya.


Sebelum ini, kebocoran pada bahagian bawah sehingga menyebabkan air memasuki ruangan enjin merupakan punca sebuah feri ikonik yang sedang dalam proses pengubahsuaian berada dalam keadaan senget dan hampir tenggelam.

Feri yang bernama Feri Pulau Pinang itu sedang diubah suai untuk dijadikan Muzium Feri Pulau Pinang



Feri tersebut didapati berada dalam keadaan senget sejak 6 Oktober lalu ketika berada di Dermaga South Inner Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT).

Susulan daripada itu, syarikat yang menjalankan Projek Muzium Feri iaitu Printhero Merchandise Sdn Bhd (Printhero) sedang melaksanakan kerja-kerja menyelamat serta mengenal pasti punca kebocoran berkenaan.

https://www.sinarharian.com.my/article/691114/edisi/utara/feri-ikonik-tidak-berupaya-beroperasi-di-laut


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.046954 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list