CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34508|Reply: 0

[Kedah] Jalan utama ke Kampung Teluk Rambong rosak akibat banjir, ditutup kepada semua kenderaan

[Copy link]
Post time 15-10-2024 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Jalan utama ke Kampung Teluk Rambong rosak akibat banjir, ditutup kepada semua kenderaan

Noorazura Abdul Rahman - Oktober 15, 2024 @ 3:56pm [email protected]




Jalan utama ke Kampung Teluk Rambong di Baling ditutup kepada semua kenderaan selepas rosak akibat banjir. - NSTP/Noorazura Abdul Rahman





BALING: Jalan utama ke Kampung Teluk Rambong, di sini, ditutup semalam kepada semua kenderaan.

Berikutan penutupan jalan terjejas banjir itu, penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif dari Desa Keda Batu 8, yang terletak kira-kira satu kilometer dari petempatan mereka.

Banjir yang kerap melanda kampung itu sejak dua minggu lalu memusnahkan tiga jambatan besi dan dua rumah.

Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad dalam kenyataan di Facebook, menjelaskan jalan ke Teluk Rambong melalui jambatan ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan kerana rosak akibat banjir.

Penduduk, Mohd Naim Asri Baharom, 46, keadaan jambatan di jalan berkenaan juga tidak lagi stabil dan sedikit hakisan dikesan pada tebing di sungai terbabit.

"Arus deras banjir bawa kayu, lumpur, pasir dan batu turut menyebabkan jambatan terjejas. Di atas kelihatan seperti baik sahaja, tapi di bawah jambatan tak begitu selamat.

"Ketika ini banyak kenderaan keluar masuk termasuk sukarelawan, kita bimbang kejadian tidak diduga," katanya.

Semalam, media melaporkan rumah Mohd Naim musnah dan menjadi laluan air sungai selepas beberapa kali dilanda banjir membawa lumpur, pasir dan kayu.

Pekerja kilang itu berkata, dia sangat sedih mengenangkan rumah pusaka musnah hingga tiada harapan lagi untuk tinggal di situ.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1311180/jalan-utama-ke-kampung-teluk-rambong-rosak-akibat-banjir-ditutup





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.045662 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list