CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35951|Reply: 0

[Pulau Pinang] Buruh binaan rayu bantuan RM60,000 untuk pembedahan strok

[Copy link]
Post time 14-10-2024 01:25 PM | Show all posts |Read mode
Buruh binaan rayu bantuan RM60,000 untuk pembedahan strok

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

14 Oktober 2024 11:42am




Mohamad Zakri (kiri) memerlukan bantuan orang ramai sebanyak RM60,000 bagi menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di otak dengan segera.




BUKIT MERTAJAM - Buruh binaan, Mohamad Zakri Hashim, 59, yang diserang strok baru-baru ini memerlukan bantuan orang ramai sebanyak RM60,000 bagi menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di otak dengan segera.

Pengerusi badan amal, One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, duda dua anak itu diserang strok semasa bekerja apabila secara tiba-tiba berasa pening dan keletihan.


“Keluarga kemudian membawanya ke hospital sebelum ujian mendapati Mohamad Zakri mengalami strok ringan dan diberi ubat serotonin.
http://www.onehopecharity.o“Tetapi, esoknya dia tidak dapat bergerak dan bercakap apabila mengalami strok kedua dan kali ini penyumbatan saluran darah lebih besar yang memerlukan pembedahan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.


Sui Hau berkata, keluarga Mohamad Zamri tidak mampu membiayai kos rawatan trombektomi mekanikal tersebut dan telah tampil ke badan amal itu bagi mendapatkan bantuan dana sebanyak RM60,000.

]
Pegawai One Hope Charity & Welfare ketika melawat Mohamad Zamri di hospital baru-baru ini.



“Sebelum ini, dia bekerja pemandu lori sebelum menjadi buruh dengan gaji harian RM70 dan kadang-kadang bekerja sebagai pengawal keselamatan gantian bagi meringankan beban menantu yang bekerja polis bantuan yang mempunyai tiga anak.


“Isterinya meninggal dunia empat tahun lepas akibat kanser payudara, manakala dua anak perempuan berusia 27 dan 33 tahun telah berkahwin dan menjadi suri rumah,” katanya lagi.



Orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan kepada Mohamad Zakri, boleh menyalurkan bantuan, sila layari www.onehopecharity.org atau menerusi akaun Public Bank Berhad (3193433435) atas nama One Hope Charity & Welfare.

https://www.sinarharian.com.my/article/690838/edisi/utara/buruh-binaan-rayu-bantuan-rm60000-untuk-pembedahan-strok


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.523773 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list