CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25452|Reply: 0

[Kedah] 'Baru cuci ruang tamu, dah hujan semula...'

[Copy link]
Post time 14-10-2024 11:27 AM | Show all posts |Read mode
'Baru cuci ruang tamu, dah hujan semula...'

Oleh Safuri Kamarudin - Oktober 14, 2024 @ 10:56am [email protected]



Nuridah Setu dan suami, Mohd Zaimi Md Zaki melihat rumah mereka yang dipenuhi selut dibawa banjir di Kampung Batu Lapan, Mukim Siong. - NSTP/SAFURI KAMARUDIN





BALING: "Pulang dari Pemindahan Sementara (PPS) saya cuci rumah sebab tengok cuaca cerah tapi baru bersihkan ruang tamu, hujan balik.

"Rumah belum sempat kering, terpaksa berpindah semula ke PPS petang semalam."

Nuridah Setu, 48, dari Kampung Batu 8, Mukim Siong, dekat sini, terpaksa mencuci lumpur rumah beberapa kali.

Banjir yang melanda malam tadi menyebabkan beliau sekeluarga berpindah semula ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari.

Katanya, banjir kali ini paling buruk melanda kerana hanya selang sehari berlaku dan dipenuhi lumpur.

"Saya tak berdaya lagi kalau sering dilanda banjir sehingga badan sakit dan demam. Baru cuci sekejap, banjir lagi," katanya.

Nuridah dan suaminya, Mohd Zaimi Md Zaki, 47, berkata air yang naik malam tadi lebih dalam dan membawa bersama selut yang sukar dibersihkan.

"Air naik sehingga satu meter dan banyak barangan tidak sempat diselamatkan kerana terlalu letih," katanya.

Zaliza Salleh, 39, dari Kampung Pantai Lubuk Pedati, berkata air mulai naik kira-kira jam 5 pagi semalam, menyebabkan beliau berpindah ke PPS Kompleks Rakan Muda, Batu 42 tengah hari semalam.

"Ini kali pertama saya ke PPS kerana sebelum ini banjir di rumah tidak seteruk semalam sehingga paras pinggang.

"Kami keluar segera kerana bimbang terperangkap bila diberitahu arus Sungai Ketil semakin deras.

"Banyak barangan dan perabot tidak sempat diselamatkan tetapi nyawa lebih penting," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab.Aziz, berkata banjir kali ini lebih teruk kerana limpahan sungai berlaku dengan cepat.

Katanya, kebanyakan penempatan mangsa berdekatan tebing sungai yang mudah dimasuki air.

"Ini kali keenam banjir melanda Baling dalam 15 hari. Anggota penyelamat terus membantu bagi memastikan mangsa selamat," katanya.

Beliau berkata, mangsa berpindah ke PPS SK Tanjung Pari, SK Siong, SK Seri Bayu, Maktab Mahmud Bongor, Surau Kampung Lahar, Dewan Tun Abdul Razak Baling(lama), Dewan Tun Abdul Razak (Baru), Kompleks Rakan Muda, Batu 42 dan SJKC Seng York.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1310487/baru-cuci-ruang-tamu-dah-hujan-semula





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.050336 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list