CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24739|Reply: 0

2 BILION PENDUDUK DUNIA KURANG MIKRONUTRIEN

[Copy link]
Post time 10-10-2024 07:54 AM | Show all posts |Read mode


Amalan diet seimbang berdasarkan piramid makanan yang betul mampu mengatasi masalah kekurangan mikronutrien yang diperlukan bagi menguatkan imun badan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan kumpulan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan diletakkan pada dasar piramid atau yang utama iaitu meliputi separuh daripada diet sajian harian yang merupakan sumber utama mikronutrien keperluan badan.




Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada persidangan ke-76, 21 hingga 23 Mei, 2023, dunia kini diancam ‘hidden hunger’ atau kelaparan tersembunyi yang mana membran sel kekurangan mikronutrien ekoran daripada pengambilan diet tidak seimbang.

Fenomena kelaparan tersembunyi yang berlaku ini boleh menjejasakan kehidupan semua lapisan umur manusia dan yang paling membimbangkan ia turut membantut proses pembesaran kanak-kanak.

Ia merupakan satu ancaman besar dari segi kesihatan di peringkat global di mana seramai 2 bilion penduduk dunia terjejas dengan masalah kekurangan mikronutrien.

Laporan UNICEF pula menyatakan kekurangan mikronutrien ini banyak berlaku di kalangan wanita dan kanak-kanak di mana 2 daripada setiap 3 wanita dan 1 daripada setiap 2 orang kanak-kanak di dunia menghadapi masalah tersebut.

Ini menyebabkan para doktor sukar untuk meramalkan penyakit kronik yang ada di kalangan mereka dan sekiranya dapat dikesan sekalipun ianya dalam keadaan kritikal, serta sudah terlewat.

Maklumat lanjut klik
piramid makanan


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 1.275364 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list