View: 30213|Reply: 15
|
Berjaya satukan keluarga isteri, Ubai contoh suami yang baik – Netizen
[Copy link]
|
|
Netizen meluahkan rasa gembira apabila hubungan penyanyi Shila Amzah dan bapanya, ND Lala sudah kembali jernih apabila dia dilihat berada di majlis akikah anak keduanya, Rhea Akira baru-baru ini disampi berkata Ubai contoh suami yang baik.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Shila atau nama penuhnya Nushahila Amir Amzah telah memuat naik beberapa foto memaparkan majlis tersebut.
Menerusi ruangan kapsyen hantaran itu, Shila memaklumkan mereka telah mengadakan majlis akikah itu sehari sebelum berangkat ke China.
Pada masa yang sama, Shila juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang telah hadir sekaligus memeriahkan majlis tersebut.
“Hanya sehari sebelum kami ke China, kami adakan majlis akikah untuk anak kami, Rhea Akira. Terima kasih buat semua keluarga dan kawan-kawan yang sudi hadir memeriahkan majlis kami,” katanya pada ruangan kapsyen.
Pada hantaran tersebut, Shila dan suaminya, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli bersama anak perempuan mereka menangkap beberapa foto bersama keluarga dan rakan.
Shila juga tidak ketinggalan berkongsi foto bersama dirinya, Ubai dan anak bersama bapa penyanyi itu yang lengkap mengenakan baju Melayu berona biru.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa syukur dan kegembiraan kerana hubungan Shila dan ND Lala semakin baik.
Terdahulu, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 9 Mei lalu.
Sebelum ini, penyanyi yang menempa nama di China itu pernah berkahwin dengan Haris Idraki pada 2018 sebelum bercerai pada 2022.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Seth Uwais, 6.
Sumber - OhMyMedia
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorg lagi abg si syada tu x ada.. masih dendam ke dah x de di Malaysia? Rumah banglo diorg tu dah berjaya jual ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Lolalala replied at 2-10-2024 09:00 PM
Sorg lagi abg si syada tu x ada.. masih dendam ke dah x de di Malaysia? Rumah banglo diorg tu dah be ...
Mungkin ada kat ostolia kot |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 2-10-2024 09:15 PM
Mungkin ada kat ostolia kot
Dulu dulu ada baca news yg abg xila mcm nak kembang kan business apa nth kt China,, lupa dh aku hahaha,, kene korek balik |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah dah berbaik... mudahan hidup lebih tenang...
sebenarnye shilalat ni boleh cakap mandarin ke chuols? |
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 2-10-2024 09:37 PM
baguslah dah berbaik... mudahan hidup lebih tenang...
sebenarnye shilalat ni boleh cakap mandarin ke ...
Boleh. Memang fasih. Kat youtube ubai ada vlog journey shila kat china, hong kong, bali. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg i suka sbb ubai ni support career xila. Terus mendunia balik. Dlu dah elok femes, kahwin dgn laki lembam ex dia terus hancus segalanya. Untung she dpt ubai ni. Muda tp matang walupon rupa xsedap dipandang |
|
|
|
|
|
|
|
Yg i suka sbb ubai ni support career xila. Terus mendunia balik. Dlu dah elok femes, kahwin dgn laki lembam ex dia terus hancus segalanya. Untung she dpt ubai ni. Muda tp matang walupon rupa xsedap dipandang |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 2-10-2024 03:25 PM
Yg i suka sbb ubai ni support career xila. Terus mendunia balik. Dlu dah elok femes, kahwin dgn laki ...
Aiol pun tersuka dah dengan Ubai. Jauh berkarisma dia ni daripada Patamon tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak hensem takpe janji function. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nk buat lagu baru utk anak, pls avoid title song "diari rhea" tau shila |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 2-10-2024 11:24 PM
Yg i suka sbb ubai ni support career xila. Terus mendunia balik. Dlu dah elok femes, kahwin dgn laki ...
Muka ubai takde la teruk sangat pon..sekali tgk ada la juga manis dia tu.mungkin dia pakai braces tu yg nmpk mcm pelik sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Tibeh ubai dpt nama.tah2 shila ni yg baik & pemaaf |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan tak malu. Tapi kena tebalkan muka daripada hidup merempat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|