CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34462|Reply: 0

[Kedah] Banjir di Kedah: 5,814 mangsa masih ditempatkan di 29 PPS

[Copy link]
Post time 24-9-2024 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Banjir di Kedah: 5,814 mangsa masih ditempatkan di 29 PPS


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







KEADAAN di Kampung Budi di Jitra yang masih digenangi air walaupun sudah seminggu banjir. FOTO Wan Nabil Nasir





Alor Setar: Bilangan mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 5,814 mangsa daripada 1,859 keluarga yang masih ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di negeri ini.

Jumlah itu dilaporkan pada 4 petang hari ini berbanding 6,809 mangsa daripada 2,171 keluarga di 33 PPS pada 8 pagi hari ini.

Empat PPS yang masih dibuka adalah di daerah Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kota Setar masih mencatatkan penurunan kepada 3,921 mangsa daripada 1,274 keluarga di 16 PPS di daerah itu.

Sementara itu, di daerah Pendang pula masih kekal mencatatkan jumlah seramai 1,606 mangsa daripada 490 keluarga di 10 PPS.

Selain itu, mangsa banjir di Kubang Pasu pula berkurangan kepada 225 mangsa daripada 70 keluarga di dua PPS.

PPS Pokok Sena juga berkurangan kepada 59 mangsa daripada 24 keluarga.

Dalam pada itu, berdasarkan laman web Publik Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan, bacaan paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya 22.13 meter (m) berbanding 21.6 m pada 4 petang hari ini.

Selain itu, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR Kota Setar dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya mencatatkan bacaan melebihi paras amaran manakala Sungai Bata di Kampung Bata di Kampung Bata di daerah Kubang Pasu mencatatkan bacaan melebihi paras waspada.



Disiarkan pada: September 24, 2024 @ 4:46pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1137276/banjir-di-kedah-5814-mangsa-masih-ditempatkan-di-29-pps





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.214246 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list