CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34826|Reply: 0

[Kedah] Lepas banjir surut, rumah pula hangus terbakar

[Copy link]
Post time 24-9-2024 04:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 24-9-2024 04:18 PM

Lepas banjir surut, rumah pula hangus terbakar

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

24 September 2024 03:22pm




Anggota bomba memadam api kebakaran di rumah sewa Salmah di Tongkang Yard, Alor Setar pada Selasa. Foto Bomba




ALOR SETAR - Dua beranak berdepan dugaan berganda selepas rumah didiami mereka di Tongkang Yard, di sini yang dinaiki air sejak seminggu lalu hangus terbakar pada jam 9 pagi pada Selasa.

Ketika kejadian, mangsa, Salmah Hasan, 73, bersama anaknya, Siti Nazila Rosli, 31, berada di rumah lain yang baru disewa pada awal bulan ini.


Menurutnya, mereka reda dengan apa yang berlaku selepas menyewa di rumah itu sejak 11 tahun lalu.

"Saya terkejut bila jiran telefon beritahu rumah kami terbakar, habis lembut lutut, ujian bertimpa-timpa. Rumah baru saja nak kering air tapi hari ini sudah hangus terbakar.


"Jika ikutkan rancangan kami mahu bawa peti ais ke rumah sewa baru, tapi tak ada rezeki, nak buat macam mana, saya kena terima ujian ALLAH, sekurang-kurangnya nyawa masih ada," katanya semasa ditemui di lokasi kejadian, di sini.


]
Salmah (kanan) dan Siti Nazila berada di hadapan rumah sewa mereka yang hangus terbakar di Tongkang Yard, Alor Setar pada Selasa.




Sementara itu, Siti Nazila pula berkata, ketika kejadian dia berada di pusat latihan memandu dan terpaksa membatalkan sebelum bergegas pulang ke rumah sewa lama selepas dihubungi jiran.


Menurutnya, sebelum ini dia akan pulang setiap hari untuk melihat keadaan rumah itu dan mengambil barang yang boleh dibawa ke rumah yang baru disewa mereka.

"Rumah ini memang sering dinaiki air tapi kali ini air agak tinggi daripada biasa. Alhamdulillah, ketika kejadian kami tidak berada di rumah.

"Ada jiran hubungi kami tadi, saya sepatutnya ke latihan memandu tapi saya terpaksa batalkan selepas diberitahu rumah terbakar, saya menunggang motosikal ke sini dalam keadaan menggeletar, apabila sampai semuanya sudah musnah terbakar," ujarnya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Kejadian yang menimpa dua beranak ini mendapat perhatian Lembaga Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang disampaikan oleh Pengurus Besarnya, Ismasuhaimi Shariff.

Ismasuhaimi berkata, sebanyak RM115,000 diperuntukkan oleh KEDA untuk penyediaan bakul makanan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di wilayahnya menerusi Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani).

https://www.sinarharian.com.my/article/687348/edisi/utara/lepas-banjir-surut-rumah-pula-hangus-terbakar


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.745173 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list