CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35003|Reply: 0

[Kedah] Bunuh pekerja kontrak, 3 warga asing ditahan

[Copy link]
Post time 23-9-2024 06:38 PM | Show all posts |Read mode
Bunuh pekerja kontrak, 3 warga asing ditahan


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 23, 2024 @ 5:34pm [email protected]











Sungai Petani: Polis menahan tiga lelaki Myanmar membantu siasatan berhubung kematian seorang pekerja kontrak yang dibunuh dengan kesan tikaman dan tetakan di sebuah taman perumahan di Bandar Puteri Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an dan ditahan di sekitar kawasan projek perumahan itu pagi dan tengah hari, semalam.

Beliau berkata, setakat ini siasatan masih dilakukan untuk mengetahui punca kejadian berlaku dan kaitan tiga suspek itu dengan mangsa.

"Mereka direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 29 September depan untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, " katanya ketika dihubungi hari ini.

Media semalam melaporkan, seorang pekerja kontrak ditemui maut dengan kesan tikaman dan tetakan di sebuah taman perumahan yang masih dalam pembinaan di Bandar Puteri Jaya di sini, sekitar jam 2 pagi, semalam.

Lelaki berusia 30-an itu mengalami kecederaan parah dan dipercayai meninggal dunia dengan kesan tikaman di bahagian rusuk sebelah kiri selain tetakan di lengan kiri.

Polis mengesahkan mangsa yang maut adalah lelaki warga Myanmar dan dipercayai dibunuh dalam satu kes pergaduhan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1302037/bunuh-pekerja-kontrak-3-warga-asing-ditahan






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.039320 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list