CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43576|Reply: 0

[Kedah] Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 8,052 mangsa di 39 PPS

[Copy link]
Post time 22-9-2024 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 8,052 mangsa di 39 PPS


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 22, 2024 @ 8:44pm[email protected]







Keadaan banjir termenung pada hari kelima Kedah dilanda banjir di Kampung Banggol Besi, Pendang. - Foto NSTP/WAN NABIL NASIR





ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 8,052 daripada 2,576 keluarga di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam ini.

Lima daerah masih terjejas akibat iaitu Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Bandar Baharu.

Jumlah itu makin berkurangan berbanding 8,111 mangsa daripada 2,591 keluarga yang ditempatkan di 40 PPS setakat jam 5.45 petang hari ini.

Berdasarkan laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, Daerah Kota Setar paling teruk terjejas apabila seramai 5,325 mangsa daripada 1,748 keluarga ditempatkan di 19 PPS.

Jumlah itu meningkat berbanding 5,280 mangsa daripada 1,730 keluarga di 19 PPS di daerah itu petang tadi.

Sementara itu, laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan tiga sungai di daerah Kota Setar mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya dengan trend menaik setakat jam 7 malam tadi.

Sungai terbabit ialah Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301711/mangsa-banjir-di-kedah-berkurangan-kepada-8052-mangsa-di-39-pps






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.043480 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list