CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44247|Reply: 0

[Kedah] Penduduk susah hati banjir tak surut-surut

[Copy link]
Post time 22-9-2024 07:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 22-9-2024 07:48 PM

Penduduk susah hati banjir tak surut-surut

OlehROSHILA MURNI ROSLI

22 September 2024 04:45pm




Mohd Rashidi menunjukkan banjir termenung di kampungnya.




PENDANG - Banjir termenung yang berlaku di sekitar kawasan Tanah Merah di sini menggusarkan penduduk di sekitar kawasan terbabit yang masih berteduh di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di sini.

Seorang penduduk Kampung Alor Ali, Mohd Rashidi Muda, 48, berkata, rumahnya sudah seminggu ditenggelami banjir.


Katanya, banjir kali ini agak teruk selepas kejadian banjir pada 2010 yang lalu.

"Kalau tengok sungai, air masih tinggi dan mungkin ambil masa untuk banjir surut sepenuhnya.



]
Ahmad bersama rakan-rakannya melakukan rondaan di sekitar kampung untuk mengekang kejadian pecah rumah.




"Sebab itu ramai penduduk pindah ke PPS termasuk keluarga saya. Cuma saya dan isteri balik kadang-kadang untuk tengok rumah dan bagi tujuh ekor kucing makan," katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.


Menurut penduduk Kampung Rambai, Muhammad Affendi Mahmud, 30, rumahnya digenangi air sejak lima hari lalu.



"Kawasan kampung di sini biasanya banjir lambat surut sebab rendah. Memang lama nak tunggu dan mungkin lambat lagi kami boleh balik rumah.

"Bila banjir tak surut-surut, risau barang dalam rumah rosak. Mesin basuh pun tak sempat angkat jadi saya rasa mungkin dah rosak rendam dalam air lama sangat," katanya.

Sementara itu seorang penduduk, Ahmad Shafie, 34, berkata, memandangkan paras air di kampungnya belum surut, dia bersama beberapa orang rakan mengambil inisiatif meronda kawasan kampung untuk memantau rumah penduduk.





]
Antara rakan-rakan Ahmad yang turut serta dalam rondaan di sekitar kampung.




"Paras air memang tinggi lagi, baru turun dalam dua inci sahaja hari ini berbanding semalam, jadi orang kampung ramai berpindah ke PPS.

"Sekiranya air laut masih pasang, saya jangka lima hari lagi air banjir ini akan surut," katanya.

Jelasnya, rondaan dilakukan di Kampung Alor Ali, Kampung Alor Mengkuang dan Kampung Tok Pauh untuk memastikan kawasan kampung selamat daripada kejadian pecah rumah.

"Kami ronda pada sebelah pagi dan petang. Setakat ini keadaan nampak aman dan tidak berlaku kejadian pecah rumah," katanya yang meronda menggunakan botnya sendiri.

https://www.sinarharian.com.my/article/686985/edisi/utara/penduduk-susah-hati-banjir-tak-surut-surut


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.042593 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list