CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44806|Reply: 0

[Pulau Pinang] Letak kepentingan rakyat, parti melebihi peribadi - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 22-9-2024 07:26 PM | Show all posts |Read mode
Letak kepentingan rakyat, parti melebihi peribadi - Kon Yeow


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - September 22, 2024 @ 2:41pm [email protected]







Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, kelihatan sebak selepas berucap buat kali terakhir pada Konvensyen Biasa Negeri Pulau Pinang di SPICE Arena. - NSTP/MIKAIL ONG





BAYAN LEPAS: Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berharap barisan pimpinan baharu yang bakal menerajui parti itu meletakkan kepentingan parti dan rakyat melebihi keutamaan peribadi.

Dalam ucapan terakhirnya selepas memegang jawatan itu selama 25 tahun, Kon Yeow berkata, DAP Pulau Pinang mencapai banyak kejayaan dan berharap semua pemimpin serta ahli parti itu terus memberi komitmen tertinggi.

"Saya akan menyerahkan baton pimpinan kepada pemimpin baharu dan apabila perwakilan mengundi hari ini bagi memilih pasukan untuk menerajui DAP Pulau Pinang, anda mengundi untuk masa depan parti.

"Saya diberi penghormatan untuk berkhidmat sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang selama 25 tahun dan ia berlaku selepas kekalahan mengejut Lim Kit Siang dan Karpal Singh pada Pilihan Raya Umum 1999.

"Ketika itu saya berusia 41 tahun dan tanggungjawab meneruskan perjuangan politik DAP terpikul di bahu saya bersama pasukan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (Arena SPICE) di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, tugasnya mengemudi DAP ketika itu dalam usaha terus menghidupkan semangat juang ahli, disifatkan amat mencabar dalam keadaan DAP menjadi pembangkang.

Justeru, beliau berterima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan serta peluang untuk tempoh panjang.

Sebelum itu, graduan Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkhidmat sebagai Setiausaha Negeri selama lapan tahun.

Selepas dilantik semula sebagai Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Negeri lalu, Kon Yeow diarah oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, untuk merangka pelan penggantian supaya generasi seterusnya dapat mengambil alih tanggungjawab pimpinan.

"Saya memilih Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang untuk memberi peluang kepada perwakilan memilih kepemimpinan baharu.

"Ketika ini, kita menjadi sebuah parti yang jauh lebih kuat dari segi organisasi, sumber kewangan, publisiti dan sokongan rakyat," katanya.

Turut berlangsung pada konvensyen itu ialah sesi pemilihan semula jawatankuasa negeri untuk DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024/2027.

Seramai 15 calon yang berjaya menempatkan diri dalam jawatankuasa negeri akan memilih Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu dalam kalangan mereka.

Pada 5 Ogos lalu, Kon Yeow mengesahkan tidak bertanding pada pemilihan jawatankuasa berkenaan yang berlangsung hari ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301538/letak-kepentingan-rakyat-parti-melebihi-peribadi-kon-yeow






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.041365 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list