CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43978|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ramkarpal raih undi tertinggi Pemilihan DAP Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 22-9-2024 07:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 22-9-2024 07:09 PM

Ramkarpal raih undi tertinggi Pemilihan DAP Pulau Pinang
Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - September 22, 2024 @ 6:23pm[email protected]







Keputusan pengundian untuk memilih Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, hari ini. - NSTP/MIKAIL ONG





BAYAN LEPAS: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, meraih jumlah undi tertinggi dalam saingan membolot 15 kerusi ahli jawatankuasa pada Pemilihan DAP Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Ramkarpal mendahului dengan 1,247 undi, diikuti Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga Menteri Sumber Manusia, Steven Sim yang mendapat 1,237 undi dan bekas EXCO Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin di tempat ketiga (1,225 undi).

Keputusan pengundian itu diumumkan oleh Penolong Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan merangkap Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi selaku Ketua Pengawas Pemilihan, sebentar tadi.

Ahli Parlimen Tanjong merangkap Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, yang sebelum ini disebut-sebut sebagai antara nama bakal menerajui DAP negeri berada di kedudukan ke-12 dengan 827 undi.

Calon lain yang turut dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang 2024-2027 ialah Zairil Khir Johari di tempat keempat dengan 1,166 undi; Gooi Zi Sen (ke-5 / 1,133); dan Lay Hock Peng (ke-6 / 1,120).

Seterusnya, H'ng Mooi Lye (ke-7 / 1,074); Woo Sze Zeng (ke-8 / 1,047); Phee Syn Tze (ke-9 / 886); Lim Siew Khim (ke-10 / 870); Soon Lip Chee (ke-11 / 853); Phee Boon Chee (ke-13 / 812); Teh Lai Heng (ke-14 / 722); dan RSN Rayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong (ke-15 / 644).

Mereka kini sedang bermesyuarat untuk memutuskan siapa bakal dilantik sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang dan penyandang jawatan penting yang lain.

Sebanyak 1,452 kertas undi dikeluarkan tetapi jumlah undi yang sah ialah 1,367, manakala 85 lagi undi rosak. Kehadiran direkodkan ialah 69.37 peratus daripada 2,093 perwakilan.

Seramai 31 calon bertanding bagi merebut 15 kerusi Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024-2027.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301668/ramkarpal-raih-undi-tertinggi-pemilihan-dap-pulau-pinang







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.202266 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list