CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52680|Reply: 1

[Pulau Pinang] Guan Eng harap PM lulus bantuan RM1,000 mangsa banjir di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 22-9-2024 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Guan Eng harap PM lulus bantuan RM1,000 mangsa banjir di Pulau Pinang


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - September 22, 2024 @ 2:27pm [email protected]







Guan Eng ketika berucap pada Konvensyen DAP Pulau Pinang, hari ini. - NSTP/MIKAIL ONG





BAYAN LEPAS: Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng, berharap kerajaan turut meluluskan bantuan RM1,000 untuk semua keluarga mangsa banjir di Pulau Pinang sebagaimana diterima setiap ketua isi rumah (KIR) yang terkesan bencana itu di Kedah.

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang meluluskan bantuan itu melalui peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, ketika melawat mangsa-mangsa banjir di Kedah, semalam.

"Kalau Perdana Menteri boleh meluluskan RM1,000 untuk mangsa banjir di Kedah, kalau boleh saya nak minta... harap boleh luluskan juga RM1,000 untuk semua keluarga mangsa banjir di Pulau Pinang," katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Dalam lawatan sehari di Kedah, semalam, Anwar mengumumkan peruntukan keseluruhan RM13 juta bagi melaksanakan kerja baik pulih infrastruktur yang rosak akibat banjir di negeri itu.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, jumlah itu termasuk bantuan kewangan yang disalurkan agensi Persekutuan dan negeri kepada semua mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Anwar dipetik berkata, peruntukan itu bagi memastikan semua kerosakan dan ganti rugi yang munasabah selepas banjir, dapat ditangani secepat mungkin dengan kerjasama NADMA, ICU serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Dalam pada itu, Guan Eng dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana meluluskan peruntukan mencecah RM13 bilion bagi Projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang, selain memberikan kelulusan untuk projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

Beliau menyifatkan kedua-dua projek itu sebagai amat penting dalam meningkatkan prestasi pelaburan dan pada masa sama, menyelesaikan isu kesesakan trafik di negeri ini.

Seterusnya, Guan Eng juga menyokong pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan Anwar Ibrahim pada Ogos lalu.

"Cadangan kenaikan gaji ini kita sokong tetapi apa-apa kenaikan gaji mestilah disusuli prestasi dan produktiviti yang lebih baik.

"Sebarang amalan-amalan yang tidak sihat, rasuah ataupun pembaziran mestilah dikurangkan serta harus juga mematuhi prinsip akauntabiliti dan ketelusan," katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan kepimpinan parti berkenaan supaya mendengar suara rakyat dan melakukan kerja rakyat, sekali gus memberi harapan bahawa masa depan mereka lebih cerah.

"Kita akan gagal kalau kita tidak mendengar suara rakyat atau gagal menjalankan kerja rakyat," katanya

Beliau berkata, ini kerana rakyat mahu kehidupan lebih baik dalam segenap aspek termasuk ekonomi, sara hidup, perkhidmatan kesihatan dan digital, justeru mereka harus memikirkan bagaimana parti itu yang berada dalam kerajaan boleh melaksanakan dasar yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Selain itu, Guan Eng berpandangan pemimpin parti itu bebas mengutarakan pandangan mereka secara umum atau terbuka dalam sesuatu isu, dan pilihan berkenaan terletak dalam tangan masing-masing.

"Tugas kita ialah mengadakan libat urus dengan kerajaan tetapi sekiranya tidak ada peluang libat urus atau libat urus ada tetapi suara tidak diambil peduli, maka kita boleh pilih sama ada untuk menyuarakan pandangan secara umum... itu terpulang, mahu atau tidak mahu sahaja.

"Sebagai contoh, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok telah memilih untuk menyuarakan pandangan beliau secara umum (dalam isu pensijilan halal) dan memperoleh sokongan penuh daripada kepimpinan kebangsaan atas pandangan yang diberikan itu," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301528/guan-eng-harap-pm-lulus-bantuan-rm1000-mangsa-banjir-di-pulau-pinang






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 08:13 PM | Show all posts
negeri kaya xde pruntukan sdri ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.153879 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list