CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47787|Reply: 0

[Perlis] JAIPs rampas 63 bahan bacaan ajaran dan doktrin disyaki diperjuangkan GISBH

[Copy link]
Post time 22-9-2024 11:57 AM | Show all posts |Read mode
JAIPs rampas 63 bahan bacaan ajaran dan doktrin disyaki diperjuangkan GISBH


Oleh Aizat Sharif - September 22, 2024 @ 11:32am [email protected]







Tinjauan mendapati premis perniagaan GISBH sudah ditutup di Kuala Perlis. - Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR





KANGAR: Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) menemui 63 bahan bacaan berkaitan ajaran dan doktrin disyaki diperjuangkan GISB Holdings (GISBH) selepas menyerbu dua premis perniagaan di Kuala Perlis, semalam.

Antara barangan yang dirampas itu dipercayai buku serta bahan bacaan yang mempunyai kaitan dengan bekas pemimpin dan pengasas pertubuhan al-Arqam, Allahyarham Ashaari Mohammad yang diharamkan oleh kerajaan pada 1994.

Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim berkata, operasi bersepadu 'Op Global' itu dilaksanakan bersama polis bagi tujuan penguatkuasaan selaras dengan Fatwa Ajaran Sesat Berunsur Batiniah yang diwartakan oleh negeri itu pada 28 Ogos lalu.

"Umat Islam di seluruh negeri Perlis dinasihatkan untuk menjauhi ajaran yang difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

"Kita juga meminta pihak dan individu tampil memberikan maklumat berkaitan ajaran berkenaan untuk tindakan selanjutnya mengikut lunas perundangan dan peraturan yang dikuatkuasa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim mengesahkan operasi berkenaan namun enggan mengulas lanjut disebabkan kenyataan harus dirujuk kepada Bukit Aman.

Sementara itu tinjauan di Jalan Siakap 1, Kuala Perlis yang terdapat empat premis perniagaan GISBH iaitu Ikhwan Laundry, Kafe Ikhwan, Ikhwan Bakery dan Ikhwan Mart sudah menutup operasinya.

Malah, bagi mengelakkan daripada dikesan pihak berkuasa, ada premis seperti Kafe Ikhwan dan Ikhwan Mart sudah pun ditanggalkan papan tanda kedainya itu dipercayai oleh pemilik perniagaan berkenaan.

Ini berbeza dengan tinjauan yang dilakukan pada seminggu yang lalu iaitu pada 13 September lalu apabila kebanyakan premis perniagaan berkenaan masih dibuka dan beroperasi seperti biasa meskipun sambutan terhadap perniagaan mereka ini oleh orang ramai mulai berkurangan.

Menurut beberapa peniaga di kawasan itu, mereka melihat premis perniagaan milik GISBH ini sudah mulai ditutup sejak dua hingga tiga hari lalu.

Sementara itu, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kangar (MP Kangar), Affendi Rajini Kanth berkata, pihaknya mengambil maklum serta memandang serius berkenaan dengan pengisytiharan yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis itu.

"Dalam hal ini, kita akan bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang dan peraturan serta berdasarkan kepada kuasa yang ada dan sekiranya pihak terbabit jelas melanggar apa-apa peruntukan undang-undang," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301455/jaips-rampas-63-bahan-bacaan-ajaran-dan-doktrin-disyaki






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.165475 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list